Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

You are not alone

Aku baca satu entry ni, tiba-tiba air mata mengalir. Tepat kena aku kut ayat tu. Kebelakangan ni tulisan di blog ni banyak kepada luahan hati je kan? Sarat sangat ke apa segala perasaan ni?(yang penting bukan cintan cintun okay) Aku perasan, gastrik dah mula menunjukkan simptom-simptom kehadirannya. Aku baru tahu, yang gastrik ni pun ada kaitan dengan stress. Patutlah baru lepas makan pun kadang gastrik kan. Huhu. Gastrik ni tak best pun. Aku tak faham bila orang guna alasan gastrik untuk tak hadir kelas, untuk ponteng puasa dan sebagainya lah.Memang teringin nak kena kot. Haha. Aku banyak dapat sakit ni sejak aku mengenal erti kebusyan yang amat. Aku tak salahkan semua perkara tu pun. Aku yang nak. Aku yang cari sibuk tu. Cuma salahnya pada aku, bila tak pandai nak kawal banyak perkara sampai dapat penyakit yang boleh dikatakan serangkai lah kot? Tapikan, sebenarnya aku tak nak cerita pasal sakit-sakit yang aku ada pun dekat sini sebab aku dah pernah cerita kot dek...

Terkedu dipertengahan jalan

Ini dunia aku Aku suka dunia aku. Iya, sibuk. Aku tahu itu. Tapi aku suka sebabnya kesibukan ini mengisi aku. Sampai satu tahap, Aku terkedu, Kenapa aku yang perlu dipertanggungjawabkan untuk banyak perkara? Sampai aku terasa semua itu tekanan yang menimpa diri aku. Andai aku kata aku 'busy' sekalipun, ada yang nak juga aku uruskan sampai meminta tarikh yang aku lapang. Aku. T.E.R.S.E.P.I.T Akan ada waktu atau hujung minggu yang aku sengaja lapangkan buat keluarga. Aku perlu berbuat demikian. Apa guna banyak berbakti pada masyarakat tetapi tidak pada keluarga? Apa guna usaha 'dakwah' di dalam program, andai dengan keluarga jarang-jarang bertemu? Aku masih anak yang tidak terbiasa untuk tidak berjumpa keluarga buat masa yang lama. Keluarga besar ini masih menginginkan aku untuk bersama mereka. ***************************************************************** Aku tersepit diantara manusia yang mendesak. Aku harap aku kuat untuk semua...

Rumput Hijau

Aku berkunjung lagi ke tempat ni. Sudah lama rasanya aku tidak berkunjung ke sini. Semester 3 asasi aku cuma banyak duduk dirumah. Menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Mungkin sebab itu jugalah selalu stress kot. Tiada ketenangan luar yang dicari. Kali ni aku datang lagi, tetapi status pelajar aku sudah berubah. Aku kini merupakan pelajar Bacelor Pengurusan Perniagaan semester 1. Kenapa aku datang ke tempat ini lagi? Entah, hati ini tiba-tiba meruntun ingin mendapatkan satu ketenangan lagi. Walaupun aku tidaklah berada dalam kekusutan fikiran. I just want to be here. Find some peaceful. Pastinya bukanlah nak berjogging. I just came here for rest my mind. Banyak jugak yang nak difikirkan, tapi masih boleh dikawal dengan baik. Aku dapat komitmen baru Sebagai setiausaha lagi. Ya, lagi. Aku tak tahu adakah aku minat buat kerja setiausaha ni. Penat. Banyak yang nak dipastikan siap pada waktunya. Tapi aku nak belajar lebih lagi tentangnya. Mesti pelik kan k...