Penantian Tanpa Garis Masa
Assalamualaikum haii. Malam ini, saat ini, perasaan menanti sesuatu yang masih tidak ada ketetapan begitu menyakitkan rupanya ya. Baru saya tahu bagaimana rasa penantian tersebut. Pada saat tidak ada sebarang tindakan yang boleh saya lakukan melainkan berdoa, hanya mengharapkan tindakan daripada orang lain, ohh, begini rasanya. Laju air mata mengalir membenarkan rasa yang sedang menyesakkan dada. Saya sedar bahawa SABAR menjadi kunci dalam urusan ini. Barangkali sabarnya saya selama satu tahun setengah ini tidak mencukupi. Harus lebih mungkin. Akan tetapi, saya sendiri tiada kepastian sehingga tempoh bilakah penantian ini menemui jawapan. Jika ditanya kepada saya mengapa masih menanti? Akan saya jawab kerana YAKIN & PERCAYA. Barangkali inilah ujian perhubungan yang satu ini. Yang baru sahaja saya harus lalui. Menuju satu cita yang pasti dan abadi.