Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

You Guys Must Be Strong Always!

Aku ada beberapa orang yang aku angkat sebagai idola aku. Tapi, tak de lah aku taksub sangat dengan idola-idola ni. Haha. Aku respect idola-idola ni tinggi. Aku contohi attitude dorang. Aku tengok cara dorang. Aku nak cuba jadi macam dorang dalam cara aku sendiri. Aku tak suka tengok idola-idola ni down. Tak suka. Aku nak idola-idola ni sentiasa kuat. Dorang kena kuat! Sebab dorang kena tahu ada orang yang pandang dorang. Ada orang yang setia menjadi supporter dorang. Walaupun orang tu tak cakap yang dia setia jadi supporter. Sebab bagi orang tu, cukuplah setiap doa yang meniti di bibir. Doa itu ada untuk mereka. Jangan risau. Tugas idola-idola ni ialah dorang kena sentiasa kuat! Jangan tunjuk yang anda lemah. Jangan tunjuk yang anda down. I beg you. Please don't T_T

Pesan Kecil

Kalaulah dalam dunia ni ada subjek 'Blog', aku rasa aku boleh jawab subjek tu dengan baik ! Dan akulah orang yang paling rajin nak ulangkaji subjek tu. HAHAHAHA. Tak tahu nak mulakan ayat macam mana, tapi setiap orang ada pendapat sendiri, setiap orang ada cara sendiri dan setiap orang ada sensiviti sendiri. Tu kira dah ayat mula kan? Hekhek. Aku bukan orang yang suka sangat sentuh bab ikhtilat ni sebabnya macam aku cakap sebelum ni(aku pernah ke cakap eh?), aku seorang yang suka sosial. So, kadang tu bab ikhtilat ni macam aku terlepas pandang sikit tapi still aku pandang berat jugak. Faham tak?Haha Bab ikhtilat ni, kalau diambil ringan, dia jadi dekat sangat dengan fitnah. Which is, benda ni paling aku takut. Ku perhatikan je gelagat orang sekeliling. Perhati dan cari iktibar. Aku pernah dengar quote ni "Orang yang hebat ialah orang yang mengambil pengajaran daripada kesilapan orang lain". Aku cuba nak jadi macam ni. Tapi itu taklah bermaksud aku hebat pun. L...

Gerak hati

Selalu orang kata yang perempuan ni tak fikir panjang. Betullah tu. Aku sebagai perempuan akui benda tu. Sabtu malam ada forum CaCaCa. Punyalah semangat nak dengar forum ni, aku duduk sebelah Rozana dekat bahagian peserta PMGS18. Tempat duduk asal dekat habagian atas belakang. Sian Qila kena tinggal, huhu. Dia kena tahu kot kawan dia yang sorang ni memang perangai macam tu. Aku tak suka kalau tak nampak muka orang yang tengah bercakap, jadinya memang kena duduk depanlah. Barisan kerusi keempat dari depan. Iya, malam tu aku acah-acah peserta PMGS18 kejap. Pengisian forum tu padat gila, best! Aku rasa macam sekejapnya forum tu berlalu, tak boleh anjakkan masa banyak ke? Hahaha. Point paling aku  ingat ialah tentang rasa berTuhan. Manusia sedar dia ada Tuhan, tapi dia selalu tidak merasai berTuhan. Sifat Ihsan ni perlu ada dalam diri , pasakkan dalam hati. Allah nampak apa yang kita buat. Lagi satu point dari Abg Umar, "Jangan keluar kelas selagi tak faham, sebab sebagai ak...

Cerita ABC

Menceritakan pengalaman pertama kepada orang awam ni menjadi satu kegemaran bagi si gadis bernama Azimah. Hahahha. Semangat tau aku nak cerita pengalaman pertama ni. Bestnya sebab first time. Macam yang aku pernah tulis dalam entry sebelum-sebelum ni, semua pengalaman pertama tu best dan akan menjadi pengalaman terindah. Jika dikira, buat kali keduanya aku drive kereta jauh siap boleh buat solat jamak. Tipulah tak takut kan? Dah lah tak tahu jalan nak ke Bangi tu, hanya bergantung harap pada aplikasi Maps je. Sepanjang perjalanan aku ditemani oleh Qila dan Arif Haziq. Rancaklah bercerita itu ini, lagi-lagi bila dah lama tak sembang dengan Arif since dia dah ambil STAM dan Qila pun rancak dengan cerita-cerita dia. 2 jam 15 minit perjalanan dan akhirnya sampai di GMI. Yeahhh, finally!! Berjaya drive sendiri sampai Bangi. Penat oh drive jauh-jauh ditambah dengan jem lagi sebab takde roti. . . . . .-_-. . .Ni lawak Qila guys, gelak sikit. Huu Dah smpai GMI, Arif daftar diri, aku deng...

Kenapa masih di sini?

Sabtu yang ceria, di bumi Kajang, di dalam auditorium. Asyik bersembang sesama sendiri, ada satu soalan yang diajukan oleh seorang sahabat kepada seorang lejen ni. Soalannya berbunyi " Kenapa masih kekal dalam ni?" Menarik jugak soalan ni diajukan kepada lejen. Ye lah, asyik yang muda and yang baru masuk je yang ditanya, sampai aku rasa jawapan tu jadi jawapan yang sangat clishe bila datangnya daripada bibir orang yang baru masuk. Dan pada hari tu, aku dapat satu jawapan yang jarang-jarang dijadikan sebab kenapa masih kekal di dalam ini. "Bagi abang, sebab fikrahnya. Memanglah dapat ukhwah apa semua, tapi yang utamanya sebab fikrah" Kitorang yang mendengar ni pun mengangguk-anggukkan kepala. Aku pun berfikirlah sejenak, kenapa aku masih kekal untuk tempoh masa hampir 3 tahun ni? Fikrah tu mungkin salah satu sebabnya juga, tapi aku tak tahulah sama ada ianya menjadi sebab utama atau tak. Untuk sekarang, banyak sebab kenapa aku masih kekal, cumanya aku...

Kebaikan Tak Dipandang Setelah Kesalahan Dilakukan

Manusia dengan kesalahan ni memang tak akan berpisah. Tadi scroll twitter, aku ternampak satu tweet ni daripada senior aku. "Manusia tak akan pandang berbukit-bukit kerja baik kau, manusia akan pandang silap kau yang satu itu. That reality!" Semestinya, bukanlah semua manusia macam tu, ada je yang still nampak kebaikan kita eventhough dia dah nampak kesalahan yang kita buat. Ada. Cumanya dalam sepuluh mungkin satu atau dua. Sama ja macam banduan penjara, bukan yang pernah masuk penjara tu semuanya buat jahat je. Katakanlah dia masuk penjara umur 20 tahun, selama 20 tahun dia hidup tu, ada ke manusia nampak perbuatan baik dia? Manusia hanya nampak, pada umur 20 tahun dia membuli orang sampaikan orang tu masuk hospital. Cerita disebaliknya? Ada manusia kisah? Ada pula seseorang ni, dia rajin buat kerja itu ini untuk memastikan semuanya berjalan lancar, tetapi dipertengahan jalan dia tersalah membuat percaturan dan menyebabkan beberapa isu timbul. Again, orang tak namp...

Stalker Berjaya

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum and hai! Sihat semua? Sihat je kan? Alhamdulillah. . . . Best ke stalk orang? Best ke jadi stalker? Bagi aku, best! Hahahah. Tapi tengoklah jugak tujuan stalk tu. Kalau stalk orang untuk jatuhkan dia, hmm, better you forget it kot. Macam buat kerja sia-sia. Aku suka stalk orang sekadar nak tahu background dia macam mana,its more to taaruf tanpa bersua muka. Haha. Ada lah jugak atas tujuan selain dari itu, tapi setakat ni tak pernah lah stalk semata nak jatuhkan orang. Macam aku cakap tadi, kerja sia-sia, tak berbaloi. Tapi hobi stalk orang ni masa dulu ja rajin. Orang jenis suka stalk orang lain ni, dia macam ada kelebihan untuk menggunakan firasat dia. Kalau cakap pasal firasat ni, semestinyalah bukan 100% betul, tapi selalunya ada yang betul. Apabila firasat digabungkan dengan carian, maka akan menjumpai jawapan yang boleh dikatakan hampir 90% betul. Hahaha. Itu percent yang aku main letak je berdasarkan pengalaman. Hiks. Ouh ...

Dunia Baru

Imej
Perjalanan hidup ini penuh liku Hingga terkadang aku tak mampu Aku ingin pergi jauh Jauh dari dunia yang aku ada sekarang. Aku mencipta dunia aku sendiri Dunia tanpa manusia yang aku kenal Tiada siapa yang marah aku Tiada siapa yang terasa dengan aku Tiada siapa yang mengganggu aku Aku jauh dari manusia yang menyebalkan Aku jauh dari cerita hidup manusia Dunia aku, Cuma aku dan cerita aku. Setiap penulis mahu tulisannya dibaca oleh orang lain Begitu juga aku Cumanya, ia berbeza pada dunia baru aku Dunia aku, Cuma aku yang baca. Aku tak menyesal mencipta dunia baru itu, Walaupun hanya sendirian Itu lebih memuaskan Usah risau Aku masih bisa hidup dalam dunia lama aku Dunia itu tidak mungkin aku tinggalkan Berjuta memori yang terbina di dalamnya Aku masih sedar Hubungan dengan Allah itu penting Begitu juga hubungan dengan manusia Tatkala aku memasuki dunia baru aku, Tidaklah bermakna aku memutuskan hubungan dengan dunia lama ...