Gerak hati
Selalu orang kata yang perempuan ni tak fikir panjang. Betullah tu. Aku sebagai perempuan akui benda tu.
Sabtu malam ada forum CaCaCa. Punyalah semangat nak dengar forum ni, aku duduk sebelah Rozana dekat bahagian peserta PMGS18. Tempat duduk asal dekat habagian atas belakang. Sian Qila kena tinggal, huhu. Dia kena tahu kot kawan dia yang sorang ni memang perangai macam tu.
Aku tak suka kalau tak nampak muka orang yang tengah bercakap, jadinya memang kena duduk depanlah. Barisan kerusi keempat dari depan. Iya, malam tu aku acah-acah peserta PMGS18 kejap.
Pengisian forum tu padat gila, best! Aku rasa macam sekejapnya forum tu berlalu, tak boleh anjakkan masa banyak ke? Hahaha.
Point paling aku ingat ialah tentang rasa berTuhan. Manusia sedar dia ada Tuhan, tapi dia selalu tidak merasai berTuhan. Sifat Ihsan ni perlu ada dalam diri , pasakkan dalam hati. Allah nampak apa yang kita buat.
Lagi satu point dari Abg Umar, "Jangan keluar kelas selagi tak faham, sebab sebagai aktivis, dekat luar kelas kita dah busy dah buat perkara lain, tak de masa nak study sangat". Aku tengah praktikkan benda ni untuk sem 3 ni, in shaa Allah.
Punyalah khusyuk dengar forum, sampai aku tak perasan ada call masuk, mesej daripad Whatsapp aku tak buka. Malam tu memang tak banyak on data. Jaranglah seorang Azimah berbuat demikian. I'm very addicted with my phone. Again, aku akui. 24 jam kalau boleh fon dekat tangan.
Dah habis forum, aku pergi dekat Qila and kitorang Alumni PMGS17 berkumpul. Dorang ceritalah dorang kena marah dengan sorang brother ni sebab datang tapi tak inform awal. Penginapan pada mulanya tak disediakan untuk kitorang, tapi lepastu member inform dah ada dah sebab ada sorang akak ni offer bilik dia.
Aku tak fikir berat pun pasal penginapan ni sebelum sampai GMI tu. Bagi aku tidur je lah mana-mana asalkan boleh tidur walaupun bukan dalam bilik. Tak sangka benda macam tu dah menyusahkan beberapa pihak sebab nak kena fikir tempat penginapan kitorang.
Mulalah hati rasa lain dah, diam, fikir, buat keputusan.
"Qila, aku nak tidur tempat lain."
"Aku pun nak jugak"
"Qila, aku tak main-main ni. Aku serius."
"Ye, aku pun serius jugak"
Dorang yang lain tanya,
"Korang nak tidur mana?"
"Ada lah tempat lain. Jangan risau. Nanti inform dekat akak tu, kitorang tak jadi tumpang bilik dia"
Start enjin kereta, kitorang gerak.
Qila dapat miss called banyak kali dari Kak Dee, dia tak perasan. Entah kali keberapa baru dia perasan.
Betul, tak baik menipu walaupun benda kecil, tapi kalau jujur sangat malam tu, lagi menyusahkan orang lain sebab risaukan kitorang. Luls.
Kitorang gerak tu dalam pukul 12 lebih. Hati memang tak setenang time forum tadi. Tak tahu nak describe rasa macam mana. Huhu. Yang penting malam tu kitorang tak boleh tidur dekat GMI sebab kalau tidur jugak hati lagi tak tenang.
Qila suruh aku bawa dia jalan-jalan. Pemandangan malam ni menenangkan.
Aku drive ke masjid Hasanah , cadang nak tidur situ, tapi pagar dah tutup. Aku pusing-pusing area Nuin Cafe tu, lepastu drive entah ke mana aku pun tak tahu. Sekalinya jumpa pasar malam. Round sekali cuci mata. Then patah balik ke UKM sebab nak tidur masjid UKM , tapi pagar UKM tu pun dah tutup. Jadinya patah balik ke Seksyen 2. Tempat yang kitorang tipu semua orang yang bertanya tidur kat mana. Sek 2 tu tak de pun rumah member dekat situ, rumah pakde aku ada lah. Hahahah.
Alang-alang tu, aku tanya Qila dia pernah tak datang AYG Bangi, dia kata tak pernah, then aku pun tunjukkanlah dia AYG Bangi. Cadang nak tidur dekat masjid berhadapan AYG Bangi tu, tapi tutup jugak. Tak de rezeki nak tidur masjid agaknya. Huhu.
Then we decided tidur dalam kereta je.Kitorang pilih tempat parking area situ sebab selamat sikit dekat dengan masjid. Qila setuju, aku setuju. ON!
Nak parking kereta, bila dah matikan enjin, Qila kata kereta sebelah tu macam dia nampak ada dekat GMI siang tadi, cuak dah kitorang takut kantoi esok pagi. Hahhaa. Parking jauh sikit dari kereta tu. Jam dah pukul 2 tapi tak tidur lagi malahan teruskan bersembang. Tengah sembang-sembang, banyaklah nampak kereta yang dikenali keluar masuk. Hahahah. Rasa macam kelakar sebab first time buat macam tu dan gigih gila tak nak kantoi.
Cabaran tidur dalam kereta ni satunya ialah banyak nyamuk. huhu. 3.30 baru aku tertidur nyenyak setelah banyak kali hidup matikan enjin kereta sebab nak aircond untuk halau nyamuk. Nyamuk ni cari pasal tau. Parasit. Haha.
Pagi tu kitorang mandi dekat tandas masjid. Selesa tanda dia sebabnya tu masjid baru. Baru 2 bulan beroperasi tapi masih tak diiktiraf untuk solat Jumaat lagi. Besar,cantik, selesa, hidup. Cukuplah 4 perkataan tu untuk describe masjid tu. Waktu Subuh tapi parking kereta penuh. Solat jemaah 2 saf lelaki penuh. Jemaah perempuan aku tak perasan sebab tertutup sikit. Lepas solat makcik pakcik tu ada buat tadarus. Salute! Duduk dekat masjid tu menenangkan betul. Dengan cat putih dan cream bahagian dalam masjid, ditambah dengan fasiliti yang dibekalkan. Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Aku harap, masa tua aku akan dihabiskan untuk perkara-perkara baik macam ni lah. Amin.
Eh takk, harapnya dari masa muda ni lah . Huhuhu.
Pengalaman yang berharga.
Maaf kepada yang bertanya tetapi ditipu. Maaf sangat-sangat. Hati , bila dia dah rasa lain, tak boleh nak kata apa lah. Cara pertama kena tenangkan dia. Dengan cara apa, bergantung kepada situasi dan keadaan.

Ulasan
Catat Ulasan