Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Ruang Putih Kosong

Tikar empuk menjadi alas si tubuh sedang yang bersila. Memegang telefon yang dikatakan pintar kerana kecanggihan yang melanda zaman ini. Jarinya pantas menekan carian enjin untuk membuka kotak oren yang ditindihi tulisan huruf B besar di atasnya. Ruang putih kosong yang menjadi tempat untuknya menulis apa yang diingininya. Yang terlalu peribadi, di simpan sebagai draft, yang sedang-sedang, dipublishkan. Ruang putih kosong tadi menjadi penuh dengan hitan tulisan. Tulisan kelegaan dipanggilnya. Tempat itu, akan menjadi tempat kegemarannya untuk dilawati setiap minggu mahupun setiap hari.

Blame

Assalamualaikum hai sahabat-sahabat! Sihat? Ohh, hari ni dah masuk raya ke-4 . Salam Aidilfitri. Hek hek. Minta maaf andai tulisan-tulisan di blog ni tak sedap dibaca. Pengisiannya kurang. Maaf. Blog ni bukan blog ilmiah sangat pun. Ikut mood nak menulis tentang apa😂. Untuk tulisan kali ni, aku tak nak sesedih, tak nak meluah. Act, a lot of things yang buat aku rasa macam bukan diri aku. Entah. Lantak lah sana. Pedulilah. Aku tak nak menulis dengan air mata. I'm so emotional nanti😢. Okay. Menjadi seorang student universiti pada masa yg sama menjadi aktivis dan juga menjadi seorang anak perempuan bukanlah sesuatu yang mudah. Eh yeke tak mudah? Hahaha. Yess, tak mudah bilamana banyak komitmen yang perlu diurusi dengan seimbang. Oh tak , aku tahu pasti ada yang tak seimbang. Aku manusia. Eh, sukati je sikit-sikit claim sebab manusia. Betul, aku manusia, sebijak aku, segagah aku, setabah aku, masih tak mampu nak beri komitmen secara seimbang. Act, tak ada kayu ukur untuk t...

Penghargaan

Menjadi orang yang cuba memahami ni pun susah sebenarnya bila apa yang kita cuba buat langsung tidak dihargai. "Tak pe weyh, aku memahami, aku faham." "Kau bukan dekat tempat aku. Kau tak akan faham apa yang aku rasa!" Mana ada manusia yang mampu memahami dengan sepenuh kefahaman apa yang manusia lainnya rasai. Dia bukan kau dan kau bukan dia. Tetapi, tak mampukah kau menghargai apa yang dia cuba fahami? Sedang dia juga tahu, dia tak mampu untuk memahami sepenuhnya. Manakala kau, yang sebenarnya mampu mengucapkan terima kasih atau kata-kata penghargaan atas keperihatinan dia memahami apa yang sedang kau rasai walaupun dia hanya mampu merasai sedikit sahaja. Usah mengharap untuk dihargai jika kita sendiri tak mampu nak menghargai manusia sekeliling :)

Stress=Ketawa=Jerit=Senyum

Jap, bagi aku gelak dulu. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. AAAAAAAAARGHHHHHH. AAAAAAAAAA. HIYAHHHHHHHHHHHH. Yes, done. Bila stress, kadang aku gelak then tersenyum sorang-sorang. Aku rasa aku dah capai tahap jadi orang gila kot. Boleh dah ni masuk hospital bahagia. Aku nak jerit sambil tersenyum. Tekup muka dengan dua tapak tangan. Jerit tanpa bunyi. Cuma suara angin yang dapat didengari. Setiap orang kena tahu macam mana nak tangani stress dia. Aku tak lah stress mana aku rasa. It just about something that makes me think twice. Aku tak pandai nak buat keputusan sendiri kadang-kadang. Then, aku macam terpaksa kena buat. Tapi bagi aku berat lah benda tu. Macam tekanan sikit. Tu yang tersenyum tu. Kadang rasa kelakar why me why meee. Why aku yang kena putuskan nak kena buat atau tak? Aku tak pandai lagi ni. Huhuhuhu. Weyh ni dunia tau. Tempat belajar. Kemonn, belajarlah. Bersedia untuk terima teguran. Jangan rebell. Hahhaa. Hai, saya tak su...

On The Phone

Ada orang kesah, ada orang tak kesah sebab 'unlimited call'. Aku jarang nak guna nama orang dalam penulisan aku di blog ni. Pernah guna, tapi jarang. Selalunya aku guna 'sister','brother', dia dan seumpamanya. Tujuannya supaya identiti orang tersebut tidak diketahui umum. Blog ni ramai yang baca. Entah orang dari mana-mana entah. Aku nak cakap yang aku behave lah sikit ni sebenarnya. Hahaha. Tapi. untuk penulisan entry ni, demi untuk menghargai walaupun si minah ni tak baca pun blog aku ni, tapi cukuplah aku tahu yang aku kena menghargai dengan cara menulis nama dia. Haha. Chan, kau kena tahu aku ni kawan yang tahu menghargai. Hekhek. Buat pertama kalinya, aku 'on the phone' dengan orang sampai satu jam. Chan yang start call dulu sebab dia ada unlimited call. Puas oh menyembang lama-lama dalam phone ni, baru ku tahu nikmatnya macam mana. Haha. Sembang kosong? Tak kayh. Sembang berisi. Haha. Perempuan bila sembang, memang tak lari daripada luah...

Sharing

Awalnya, aku buat blog ni time form 4 dengan niat saja-saja. Tahun lepas, ada sorang senior ni cakap, menulislah selagi kita rasa apa yang kita tulis ni bermanfaat untuk diri dan orang lain. Then, aku revise balik segala tulisan aku dari form 4 sampai waktu tu, bermanfaat tak apa yang aku tulis ni? Mana yang langsung aku sendiri tak boleh nak cari tang mana yang bermanfaat, aku delete balik entry tu. Hmm, aku perasan, banyak tulisan orang dalam blog mereka sendiri berkongsi banyak perkara yang bermanfaat, sementara aku? berkongsi cerita-cerita kehidupan yang aku lalui.  Sebagai penulis, yes, aku yakin tulisan tu boleh beri manfaat untuk diri sendiri, tapi aku tak pasti sejauh manakah tulisan tu mampu memberi manfaat dekat pembaca. Aku suka berkongsi cerita, lebih-lebih lagi tentang keluarga dan sahabat. Tapi, adakah perkongsian itu memberi manfaat dekat kalian? Cerita tentang macam mana mak aku memainkan peranan dia sebagai seorang ibu, cerita tentang...