On The Phone


Ada orang kesah, ada orang tak kesah sebab 'unlimited call'.

Aku jarang nak guna nama orang dalam penulisan aku di blog ni. Pernah guna, tapi jarang. Selalunya aku guna 'sister','brother', dia dan seumpamanya. Tujuannya supaya identiti orang tersebut tidak diketahui umum. Blog ni ramai yang baca. Entah orang dari mana-mana entah. Aku nak cakap yang aku behave lah sikit ni sebenarnya. Hahaha.

Tapi. untuk penulisan entry ni, demi untuk menghargai walaupun si minah ni tak baca pun blog aku ni, tapi cukuplah aku tahu yang aku kena menghargai dengan cara menulis nama dia. Haha. Chan, kau kena tahu aku ni kawan yang tahu menghargai. Hekhek.

Buat pertama kalinya, aku 'on the phone' dengan orang sampai satu jam. Chan yang start call dulu sebab dia ada unlimited call. Puas oh menyembang lama-lama dalam phone ni, baru ku tahu nikmatnya macam mana. Haha.

Sembang kosong?

Tak kayh. Sembang berisi. Haha. Perempuan bila sembang, memang tak lari daripada luahan hati. Tapi disebalik luahan hati tu, terselit juga nasihat-nasihat dari mulut si Chan ni.

Aku tak lah rapat sangat dengan Chan ni, biasa-biasa je. Tak chat 24 jam pun. Aku bukan jenis yang suka chat dengan orang sangat pun. hanya 2 atau 1 orang je yg boleh dikatakan selalu aku chat. Tapi, haa, boleh tanya mereka sendiri jugak kot sebanyak mana kekerapan aku chat dengan dorang. Haha.
Siapa orang tu, mahbubah and Qila.

Malam tu sembang dengan Chan, banyak dapat tahu dia ni jenis yang buat kerja macam mana. Dapat bertaaruf lebih lagi malam tu. Dapat tahu cerita-cerita tentang BGN dekat negeri dia belajar. Dapat tahu apa yang dia tengah buat atau rancang sekarang ni. Dapat tahu apa yang dia nakkan sebenarnya.

Kalau dia tak call aku malam tu, semua benda ni aku tak kan tahu dan tak nak pun wasep semata tanya benda-benda macam ni. Haha.

Aku salute dekat Chan ni, berani betul pergi approach sekolah sorang-sorang semata nak dapatkan program. Dia tak berkira pun bab tu sebab memang dia minat nak buat benda tu. Faham tak, kerana minat, maka kesanggupan tu tinggi. While me? Minat tu minat la jugak, tapi tak seberani tu kot nak approach sekolah sorang-sorang. Haha. Lebih salute bila sebenarnya tu bukan bidang tugas dia pun, tapi dia sendiri nak buat. Kalau aku, aku lepas tangan sebab ada orang yang sememangnya ditugaskan untuk buat perkara-perkara macam tu. Tapi, sebabkan Chan ni power, maka dia buat dengan sukarela.

Banyak betul sembang malam tu, berpindah-pindah topik dari luahan hati dia, ke BGN, ke orang yang dia rapat, ke persatuan, ke course yang dia tengah study, member dan sebagainya. Haha.

"Weyh, aku jarang tau sembang pasal ni(BGN) dengan orang, dengan kau je ni ha. Tetiba kau tanya."-Chan

"Kenn, aku je suka tanya benda pelik-pelik gini. Hahha. Saja nak tahu macam mana perkembangan dekat sana"-Me

Hahaha, sebab aku tak suka kot nak sembang tentang luahan hati je memanjang. Aku bukan yang macam tu sangat kut. So aku kena selitkan sesuatu yang lain dengan bertanya. Aku jugak tak suka nak membuat lawak 24 jam, or ayat cia-cia, or quote-quote bodoh. Haa, gitu. Sebab tak de kaitan dengan real life pun semua lawak-lawak pepelik tu. Sekali sekala tu tak pe lah untuk hiburan diri kenn.

Lepastu, Chan jugak ada cakap aku perform. Haaa, mulalah aku nak memaksa dia mendetailkan keperforman aku yang dia nampak. Ouhh, aku bukannya benci dengan word 'perform" tu, cumanya tak berapa nak suka untuk ditujukan dekat aku. TAK SUKA DAN TAK BOLEH TERIMA.
Sebab nanti aku akan rasa bersalah tinggi melangit dekat diri sendiri dengan orang sekeliling yang aku pernah buat salah dekat dorang atas segala kekurangan yang aku ada sebelum ni.

Bila Chan nyatakan, aku hanya mampu mengangguk menyiyakan. Betul, apa yang dia cakap tu aku buat dah, tapi aku tak rasa benda tu boleh dikatakan perform. So,mindset aku still tak boleh terima. Hahahha. Alah, simple je kan, tak payah cakap aku perform. Haa, senang. Enough dengan menyatakan terima kasih atau word penghargaan yang lain. Yang penting bukan, perform, or hebat ah Azimah, power ah Azimah dan yang seangkatan dengannya.

Last, OTP dengan Chan ni serba sedikit mengurangkan rasa keseorangan. Aahaha. Aku tak rasa fake sembang dengan dia dalam fon sebab dia kasar ken, haa, sama je lah manusia berdua ni. Selesa gitu walaupun tak berapa rapat sangat.

Betul kata orang, cari kawan bersembang yang serasi dengan kita supaya bila sembang tu betul-betul boleh meluah dengan cara sendiri.

Thanks Chan Mali Chan Oi Oi!! Really appreciate it!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)