Bukan Sia-sia
Punyalah susah nak buat caption tentang program-program yang telah berlalu, tapi jari-jemari ni laju sahaja menaip papan kekunci untuk menulis tentang perasaan. Sampai sekarang, masih tak ada satu post pun tentang GEGAS, PMGS19 dan KELAPE19 di Instagram. Tahu sebab apa? Sebab aku tak tahu nak tulis caption apa. Rumitnya aku ni bila tak tahu nak tulis caption apa, tapi dalam masa yang sama aku tak nak hanya sekadar menulis " PMGS19 done!" " Finally we did it!" dan yang sewaktu dengannya. Aku tak nak. Huhu. Aku nak caption tu dengan sepenuh hati. Tapi tu lah, nak menunggu sepenuh hati tu, sampai sekarang tak post-post lagi. Kalau dekat Ig pun belum post, apatah lagi dekat blog ni weyh. Sampai hilang rasa nak post tu. Tapi aku masih mengharapkan semangat nak post tu masih ada sebab benda tu yang akan jadi kenangan. Instagram ni tempat mengenang kembali segala kenangan sebenarnya, sebab tu even poster pun aku x delete. Instagram aku bukan tempat post gambar t...