Bukan Sia-sia

Punyalah susah nak buat caption tentang program-program yang telah berlalu, tapi jari-jemari ni laju sahaja menaip papan kekunci untuk menulis tentang perasaan.

Sampai sekarang, masih tak ada satu post pun tentang GEGAS, PMGS19 dan KELAPE19 di Instagram. Tahu sebab apa? Sebab aku tak tahu nak tulis caption apa. Rumitnya aku ni bila tak tahu nak tulis caption apa, tapi dalam masa yang sama aku tak nak hanya sekadar menulis " PMGS19 done!" " Finally we did it!" dan yang sewaktu dengannya. Aku tak nak. Huhu. Aku nak caption tu dengan sepenuh hati. Tapi tu lah, nak menunggu sepenuh hati tu, sampai sekarang tak post-post lagi. 
Kalau dekat Ig pun belum post, apatah lagi dekat blog ni weyh.

Sampai hilang rasa nak post tu. Tapi aku masih mengharapkan semangat nak post tu masih ada sebab benda tu yang akan jadi kenangan. Instagram ni tempat mengenang kembali segala kenangan sebenarnya, sebab tu even poster pun aku x delete. Instagram aku bukan tempat post gambar then delete, nopeee. 

Aku cuba ya, tak tahu bila. :(

Ni aku sekadar nak menulis. Entah, bukannya tak selalu menulis pun. Report tu sampai sekarang masih x siap, sikit lagiiiii. Tapi feelnya lain. Menulis santai dengan menulis berformat is different. Aku lagi suka menulis yang begini. Suka hati lah nak tulis apa. Tak ada pun nak kena fikir ayat betul atau tak, sesuai atau tak, and so on.

Maaf kalau aku bukan seorang penulis yang memartabatkan bahasa Melayu sepenuhnya. Maaf. Aku sendiri tak pernah terfikir nak buat blog ni untuk tujuan itu. Blog ni hanya sekadar cebisan tulisan yang meluahkan cebisan rasa yang berbaki di hati. Sometimes. 

Bak kata orang, "writing is healing". Betullah tu. So, ini je kut aku nak tulis. Huhu. Weyhh, tak ada value langsung penulisan niiii. Huaa, sian korang yang membaca. :'(

Aku cuba selitkan sikit ya?

Pernah dengar tentang hikmah?

Selalu orang cakap, "Ada lah tu hikmahnya"

You know what? Hikmah ni kita yang kena cari. Orang boleh cakap ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi. Tapi kita? Kita jumpa tak hikmahnya. Kita cuba cari tak? Kalau kita tak cari, macam mana nak jumpa apa hikmah disebalik yang terjadi kan?

Jadinya, aku nak ajak kita sama-sama, cuba cari hikmah di atas segala yang terjadi sama ada ianya perkara yang baik mahupun yang buruk. There must be a hikmah, tinggal kita nak cari atau tak je.

"Macam mana nak cari hikmah ni klu memang tak jumpa langsung dah?"

Ada sayang, pasti ada. Cuma mungkin kerana kurangnya ilmu yang ada pada diri kita ini menyebabkan kita tidak menjumpai hikmah tersebut. Nak cari hikmah ni perlu dengan ilmu dan amal. 

Makanya, jom sama-sama teruskan misi pencarian ilmu ni! Takkan pernah habis kot ilmu ni, mana mungkin kita boleh berhenti mencarinya kan? Hehe.

Okay baii, Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)