Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)

Imej
Assalamualaikum. Nak menulis sikit. Hiks. Ada satu hari tu, masuk notification daripada group PROLAK. Diberi details program oleh Abg Zakir. Program Remaja, di Kundang, 2 hari, tarikh 29-30 Nov.  Kuala Langat nak, Gombak tak respon lagi, Kuala Selangor pun nak. Long short story, program tu diambil oleh PEPIAS Kuala Selangor tanpa jv memana cawangan atas nasihat Norafiq dan Afiq Azri.  "PEPIKUS mampu buat sendiri tanpa jv."-Nora. Aku iyakan sahaja, sebab merasa mampu juga lah. Tapi tak sampai hati nak reject Kuala Langat. Hahah.  Macam Aku tulis di atas, Kuala Selangor ambil program ni. Maka bermulalah sesi perjumpaan pertama bersama MPKK Kampung  untuk lanjutan persediaan program. Bermula dari itu sehingga ke hari program, kami berurusan di Dalam group WhatsApp sahaja. Padu tak padu kampung ni, berjaya cari 40 orang peserta dalam tempoh 2-3 hari sahaja. Kalaulah PMGKS macam ni weyh, bahagia dah Aku. Tapi realiti berbeza. Hahaha. ...

Kursus Kepemimpinan Pelajar Islam 2019

Imej
Hai Assalamualaikum! Jadinya, untuk tulisan kali ini istimewa khusus untuk KKPI 19. Long short story, saya menerima jawatan Timbalan Pengarah KKPI19 ni atas beberapa sebab dan juga kerelaan. Saya masih merasakan ketidaklayakan saya memegang jawatan sebegini untuk program besar PEPIAS. Ya, saya sendiri tak tahu bila rasa layak itu akan hadir. Lebih kurang 2 bulan persediaan untuk melaksanakan program ini. Program kepemimpinan yang disediakan khas untuk pelajar Tingkatan 4 dengan kerjasama JAIS ini adalah inisiatif kami dalam mendidik generasi pimpinan akan datang. Mereka adalah pemimpin diri mereka dan juga di sekolah. Pendedahan tentang menjadi pemimpin yang mempunyai jiwa untuk menyumbang kepada masyarakat sekitar diberikan kepada mereka. Oleh kerana itu, tema yang digunakan untuk program kali ini ialah "Pemimpin Khadimul Ummah yang Mendahului Zaman" Saya bersama team saya memberikan sepenuh usaha agar program ini berjalan lancar dan pengisiannya sampai kepada semua ...