Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)


Assalamualaikum.

Nak menulis sikit. Hiks.

Ada satu hari tu, masuk notification daripada group PROLAK. Diberi details program oleh Abg Zakir. Program Remaja, di Kundang, 2 hari, tarikh 29-30 Nov. 

Kuala Langat nak, Gombak tak respon lagi, Kuala Selangor pun nak. Long short story, program tu diambil oleh PEPIAS Kuala Selangor tanpa jv memana cawangan atas nasihat Norafiq dan Afiq Azri. 

"PEPIKUS mampu buat sendiri tanpa jv."-Nora.

Aku iyakan sahaja, sebab merasa mampu juga lah. Tapi tak sampai hati nak reject Kuala Langat. Hahah. 

Macam Aku tulis di atas, Kuala Selangor ambil program ni.

Maka bermulalah sesi perjumpaan pertama bersama MPKK Kampung  untuk lanjutan persediaan program. Bermula dari itu sehingga ke hari program, kami berurusan di Dalam group WhatsApp sahaja.

Padu tak padu kampung ni, berjaya cari 40 orang peserta dalam tempoh 2-3 hari sahaja. Kalaulah PMGKS macam ni weyh, bahagia dah Aku. Tapi realiti berbeza. Hahaha.

Tiba hari program, Aku sebagai PIC dari awalnya, KakKin KFC, Fatin PKFC, Zikrun Trainer, dan 4 orang fasi.

Alhamdulillah semua okay ja. Jadi mudah untuk kami sebab tak perlu fikir tentang makanan sebab pihak Kampung yang uruskan. Budak-budak pun alhamdulillah dapat dikawal dengan baik. 

Aku nak bangga sikit lah, Aku selesai print sijil pada jumaat malam tu walhal nama baru ja dapat dedekat nak maghrib tu. But then, ada kena tambah sign Penghulu dekat sijil tu, so kena print lagi utk tambah ruangan sign tu. Maka jadilah pepagi Sabtu tu pun kena print lagi.

Ouh btw, disebabkan utk Majlis Penutup X de skrip MC, maka dengan gelabahnya Aku menaip dari mula sampai habis skrip utk MC. Jadinya, skrip itulah yang Akan dijadikan tamplate atau contoh skrip untuk program-program sekolah PEPIKUS selepas ini. Ya, Ku ada je skrip MC program besar, tapinya tak sesuai. Maka wujudlah skrip yang lebih sesuai. Hiks.

Sepanjang program, pengisian adalah tentang anak soleh, HaKhaDa, ibadah harian dan pengetahuan asas berkenaan agama seperti Rukun Islam, nama malaikat, bezakan perkara baik dan buruk, dan sebagainya. 

Berdasarkan penilaian Aku, masih ramai yang fail tentang pengetahuan asas ni seperti tugas malaikat, susunan Rukun Islam dan lain-lain. Tapi tak apa, itu boleh menjadi ingatan untuk adik-adik tu semula.

Akhir sekali, aku sangat berterima kasih kepada Abg Halim Huraira kerana membuka ruang untuk kami supaya mengendalikan program di Kg beliau. Juga terima kasih kepada Abg Zakir lsh sebab memeri peluang untuk PEPIKUS garab peluang tu walaupun dari sudut pandang beliau, kami telah membantu beliau, but for me, this is a chances for me untuk aku buka ruang kepada ahli untuk melatih diri.

Bak kata orang, semakin bertambah business, semakin bertambah peluang pekerjaan, maka bak kata Aku, semakin bertambah program semakin bertambah peluang untuk ahli Aku melatih diri meningkatkan potensi diri. Dekat program ni lah nak latih ahli. Kalau tak ada program, macam mana ahli nak dilatih.

Terima kasih kepada semua yang terlibat!

Terima kasih Kg Permata Kundang! En Aimi, En Zamri, Encik Syam, Abg Halim!

Ouh ya, usai program, kami ke rumah Arif Daniel selaku Pengerusi Perhubungan PEPIAS Shah Alam. Alang-alang rumah beliau dekat ja dari tempat program, maka PEPIKUS singgah menyantuni keluarga beliau dan bersilaturrahim.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus