Pengalaman Call 999
Because this is my first experience, let me put it here. Sebab hari ni hari Khamis, so kitorang satu keluarga yang ada dekat rumah berpuasa sunat. Jadinya, tak de lah drama atau celoteh pepagi dekat dapur. Maka lepas subuh, membeleklah fon sambil duduk dekat ruang tamu. Lebih kurang jam 7: 25 a.m, terdengar bunyi kereta di jalanan yang sedang break kereta. Break, lepas, break, lepas. Dalam hati aku dah bercakap "Semoga tak ada apa-apa". Selang beberapa saat daripada bunyi break tu, "dumm!!!" Bunyi dentuman yang sangat kuat. Mak dekat luar rumah dah jerit "Ya Allahhhhh". Kitorang semua bergegas ke jalan raya, nak tengok apa yg berlaku. Dah ready bawak fon utk call kecemasan. Sebuah kereta berjenama Vios eksiden, melanggar tiang elektrik, remuk teruk. Mangsa agak tersepit di dalam kereta. Aku terus call kecemasan, 999 untuk memberikan sedikit laporan supaya bantuan dapat segera dihantar. Aku cuba untuk bertenang sebab aku tahu, maklumat lebih mudah didapati...