Pengalaman Call 999


Because this is my first experience, let me put it here.

Sebab hari ni hari Khamis, so kitorang satu keluarga yang ada dekat rumah berpuasa sunat. Jadinya, tak de lah drama atau celoteh pepagi dekat dapur. Maka lepas subuh, membeleklah fon sambil duduk dekat ruang tamu.

Lebih kurang jam 7: 25 a.m, terdengar bunyi kereta di jalanan yang sedang break kereta. Break, lepas, break, lepas. Dalam hati aku dah bercakap "Semoga tak ada apa-apa". Selang beberapa saat daripada bunyi break tu, "dumm!!!" Bunyi dentuman yang sangat kuat.

Mak dekat luar rumah dah jerit "Ya Allahhhhh". Kitorang semua bergegas ke jalan raya, nak tengok apa yg berlaku. Dah ready bawak fon utk call kecemasan.

Sebuah kereta berjenama Vios eksiden, melanggar tiang elektrik, remuk teruk. Mangsa agak tersepit di dalam kereta. 

Aku terus call kecemasan, 999 untuk memberikan sedikit laporan supaya bantuan dapat segera dihantar.

Aku cuba untuk bertenang sebab aku tahu, maklumat lebih mudah didapati kalau aku bercakap dalam keadaan tenang. Pun begitu, aku masih dinasihatkan utk bertenang oleh org ditalian kecemasan tersebut😅.

"Bertenang cik Nur Azimah, bertenang"
Aku mampu membalas, "Okay-okay, maaf"😅😅. Dah mengalirkan air mata sikit sebab kesian tengok keadaan mangsa yang masih di dalam kereta yg remuk.

Sepanjang membuat panggilan, selain daripada kena melaporkan lokasi kejadian, kenderaan yang terlibat, traffic okay ke tak, bermacam nasihat dan arahan yang disuruh lakukan. Aku mengiyakan sebagai tanda faham akan arahan yang diberikan.

10-15 minit kemudian, pasukan bomba tiba di tempat kejadian. 30 minit selepas tu, barulah mangsa berjaya dikeluarkan dari dalam kereta dan terus dibawa ambulan ke hospital.

Mangsa merupakan ketua jururawat di hospital Tanjung Karang. Perjalanan pagi tadi dari rumahnya di Bestari Jaya menuju ke hospital untuk bertugas.

Akhbar mengatakan, beliau disahkan meninggal jam 9:13 am di hospital kerana pendarahan yang banyak.

Semoga Allah merahmati beliau kerana perjalanannya adalah dengan niat yang baik untuk berkhidmat dan melaksanakan tanggungjawab.

Didoakan tenang di alam sana🙌

Al-Fatihah.

Ulasan

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)