Selamatkan Diri
Masa berlalu seperti biasa, tapi perasaan yang terpendam ini seperti biasa, kadangkala baik, kadangkala bergelora. Saya hanya manusia. Kesempitan tatkala pelbagai perkara menghimpit. Sesak tatkala terlalu banyak berurusan dengan manusia. Serabut tatkala terlalu banyak perkara yang perlu dilihat, dinilai dan direspon. Arghhh. Ya, rasa ingin menjerit. Mampu menjerit di dalam hati sahaja. Risau menganggu jiran waktu malam begini. Baru lebih kurang 30 jam saya tak membuka whatsapp, terasa lebih tenang. Bukan whatsapp sahaja, bahkan semua media sosial yang saya ada, tak dilihat isinya. Memilih untuk mengasingkan diri sebentar daripada dunia maya itu sebelum diri sendiri hilang kewarasan akal fikiran. Ya, saya sedang menyelamatkan diri sendiri. Terkadang kita perlu pentingkan diri sendiri untuk kebaikannya. Pun begitu, saya taklah terlalu pentingkan diri di saat minggu ke-12 ini. Banyak submission yang perlu dilakukan, juga banyak perbincangan yang perlu disertai. Saya menggunak...