Membudayakan Budaya Philanthropy

Ayat mudahnya, philanthropy ni adalah suka buat baik kepada orang tanpa harapkan balasan, sebab kegembiraan kita adalah apabila melihat orang lain gembira.

Penulisan ni sekadar untuk meluahkan apa yang telah dan sedang saya rasai. Bertahun-tahun merasakan perkara ini, tapi tak pernah tahu terma yang sesuai. Haritu jumpa sebab terbaca status WhatsApp kawan.

Saya diberi banyak kelebihan di dunia ini untuk jalani kehidupan dengan baik dan bahagia. Saya bersyukur atas segala yang Allah kurniakan dan perasaan ingin berkongsi segala kelebihan ini sangatlah menggunung.

Antara kelebihan yang dapat saya kenal pasti adalah saya bebas bergerak ke sana ke sini menaiki motorsikal. Macam mana saya berkongsi kelebihan ini adalah dengan menziarahi sahabat-sahabat, senior-senior dan saudara mara,menumpangkan rakan yang teringin nak pergi berjalan-jalan, program dan sebagainya. Terpancar senyuman kegembiraan pada muka mereka sangatlah menggembirakan hati saya. Satu kepuasan untuk segala penat saya🤗.

Sekarang ni, saya sedang membantu seseorang untuk memulakan perniagaan beliau. Ya, tanpa mengambil apa-apa elaun ke apa, Ku suka tengok beliau gembira. Hahaha. Bukanlah dengan niat nak buat beliau terhutang budi dengan saya pun, bahkan saya yang banyak terhutang budi dengan beliau. Sebenarnya, saya risau disalahertikan pertolongan ini, tapi tak pe lah. Saya tahu kenapa saya bantu.

Saya juga suka bila dapat beri sesuatu kepada kenalan-kenalan saya. Ya, sebab nak jumpa dan tengok muka-muka gembira tu. Sangatlah berharga buat saya.

Apapun, saya sedar, tak semua pemberian ini akan dihargai. Pernah juga terluka sebab usaha untuk memberi ni tak dihargai. Tapi sikitpun tak buat saya turn off untuk memberi kepada orang lain, mungkin hanya untuk insan-insan tersebut.

Akhir kalam, budaya ini yang sepatutnya ditetapkan dalam diri setiap orang memandangkan dunia sekarang terlalu memandang materialistik. Segala perkara perlu ada imbalan berbentuk harta. Astaghfirullah. Bukan semua perkara, bukan. Saya berbisnes, tapi saya yakin berbisnes ini bukanlah profit-oriented semata, bahkan jauh lebih besar dengan menilai kualiti, hubungan, kepuasan dan sebagainya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)