Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

Medan Muhasabah

Imej
Julai hampir melabuhkan tirainya. Waktu-waktu begini, telah masuknya musim bagi medan muhasabah buat seluruh keluarga besar jemaah WAP ini tidak kira diperingkat cawangan, negeri, mahupun kebangsaan. Satu tahun telah berlalu dengan amanah yang dianugerahkan buat insan-insan yang terpilih. Entah berapa kolam titisan keringat, entah berapa gantang masa yang dikorbankan, entah berapa ribu wang yang dihabiskan, perahan buah fikiran yang menggunung, juga hati yang dibahagiakan dan disakiti. Pahit manis yang dilalui mengeluarkan insan daripada zon keamanan dan keselesaan. Ujian yang seringkali hadir, menguji kekuatan hubungan dan jiwa, sama ada sesama insan mahupun dengan Tuhannya. Adakalanya terzalimi insan sekitar dengan amanah yang digalas, adakalanya amarah dilepaskan. dan adakalanya bahagia dikongsikan. Kini tiba pada musimnya, musim untuk bermuhasabah akan amanah yang digalas. Bersungguhkah dalam melaksanakan amanah? Terlaksanakah amanah ini dengan baik? Apakah kesan...

Sebutir Catatan

Ya, hari demi hari, saya semakin mengerti bahawa rasa cinta ini sememangnya cinta, yang bukanlah terjalin semata untuk mewujudkan satu ikatan perkahwinan, tetapi cinta untuk menjalani kehidupan. Pada hari nekadnya saya untuk berhenti memikirkan tentang sebuah ikatan menuju kepada perkahwinan, saya amat nekad untuk tidak bercakap soal ini lagi. Tempoh 3 tahun yang ditetapkan adalah untuk meningkatkan prestasi kehidupan, kualiti diri dan kelangsungan hidup berjemaah. Jutaan rasa cinta yang saya peroleh adalah nikmat yang besar dalam menjalani kehidupan ini. Selesa dengan kehidupan yang begini, cumanya perlu ditingkatkan lagi segala perkara.  Sangat bersyukur dihadiahkan insan-insan yang mempunyai daya fikir yang tinggi, unik dan berbeza, buat kita saling bertukar pandangan demi kesejahteraan hidup. Hampir 5 tahun di dalam jemaah ini, mengenal selok-belok pengurusan, menghayati kalam penuh makna, menabur kasih dan bakti. Saya ingin memegang satu kedudukan di dalam ...