Saya Yang Istimewa
Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Ilahi di atas segala nikmat yang kita kecapi hari ini. Selawat dan salam buat junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W. Anugerah 28 Ogos 2020, hari genapnya saya mencapai umur 21 tahun mengikut kalendar masihi. Jika diikutkan kalendar hijrah, maka 15 Jamadil Awwal adalah harinya. Masih diizinkan untuk terus hidup sehingga hari ini merupakan anugerah besar buat saya untuk menghadapi ranjau kehidupan yang semakin hari semakin hebat untuk ditempuhi. Seperti yang ditulis di kepala blog ini, "Kerana Hidup Satu Anugerah", saya betul-betul memaknai dan merasai bahawa kehidupan ini satu anugerah. Saya teringat pada arwah abang saya, Muhammad Azmi bin Adnan (al-Fatihah) yang hanya diizinkan untuk hidup sehingga umur 20 tahun sahaja, banyak nikmat kehidupan lain yang tidak dapat dia rasai. Apapun, itu telah menjadi takdir untuknya, semoga dia bahagia di alam sana. Amin. Matlamat Umur 21 tahun ini sebenarnya...