Saya Yang Istimewa
Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan kepada Ilahi di atas segala nikmat yang kita kecapi hari ini. Selawat dan salam buat junjungan Agung Nabi Muhammad S.A.W.
Anugerah
28 Ogos 2020, hari genapnya saya mencapai umur 21 tahun mengikut kalendar masihi. Jika diikutkan kalendar hijrah, maka 15 Jamadil Awwal adalah harinya. Masih diizinkan untuk terus hidup sehingga hari ini merupakan anugerah besar buat saya untuk menghadapi ranjau kehidupan yang semakin hari semakin hebat untuk ditempuhi. Seperti yang ditulis di kepala blog ini, "Kerana Hidup Satu Anugerah", saya betul-betul memaknai dan merasai bahawa kehidupan ini satu anugerah. Saya teringat pada arwah abang saya, Muhammad Azmi bin Adnan (al-Fatihah) yang hanya diizinkan untuk hidup sehingga umur 20 tahun sahaja, banyak nikmat kehidupan lain yang tidak dapat dia rasai. Apapun, itu telah menjadi takdir untuknya, semoga dia bahagia di alam sana. Amin.
Matlamat
Umur 21 tahun ini sebenarnya menjadi penantian saya sejak berumur 19 tahun kerana meletakkan hasrat untuk mengambil lesen kelas E, PSV. Hasrat ini wujud ssetelah meneliti keperluan jemaah di masa akan datang. Walau bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa ditukar dan ditunda kerana keperluannya untuk membantu keluarga lebih utama. Saya membuat keputusan untuk mengambil lesen kelas E, GDL kerana abah sedang mengusahakan tanaman pisang dan kelapa matak untuk tujuan komersial, selain kelapa sawit yang menjadi sumber kewangan tambahan untuk keluarga saban tahun. Hasrat ini terpaksa ditunda atas faktor kewangan, duit yang ada lebih diperlukan untuk kegunaan lain buat masa iniš¬. Tak apa, duit boleh cari, yang penting tahu untuk digunakan secara baik.
Apresiasi
Saya keterharuan yang amat sangat di atas segala ucapan, doa, dan kata-kata positif yang diberikan daripada insan-insan yang saya sayangi. Saya hargai semua ucapan tersebut meskipun tidaklah diucapkan secara langsung "Saya hargainya", tapi percayalah, saya sangat menghargainya. Izinkan saya untuk melampirkan beberapa gambar di sini untuk tatapan dan ingatan.
![]() |
| Gambar ni diedit oleh Aeinee Abas, junior PEPIAS. Saya tak pernah segigih ni buat dekat orang lain. Saya terharu. |
![]() |
| Ucapan tulus ikhlas daripada Nadia Farahin. Hashtag di situ amatlah tidak berguna ya. Sempat membahan. zzzz |
![]() |
| Next, daripada Amilia. Semangat ya first wish terus record video pepagi buta dengan tudung yang begitu. hahaha. |
![]() |
| Ni pula daripada Fatin.Tak apa, saya yakin saya cantik daripada dulu walaupun gambar yang ni macammmmmmmmm. hmmmm. |
![]() |
| Ni pula daripada kakak kesayangan saya. Treat her on my birthday as an appreciation for her. She treated me many times, and I owed her alot. Hahaha. |
![]() |
| Daripada Mahbubah saya, Ezzati. Kalau boleh dia nak lupakan terus birthday saya :"(. |
![]() |
| Dan gambar yang terakhir, daripada emak kesayangan. Emak tak sweet mana pun, tapi beliau comel. Hahaha. Ramai lagi yang wish, tapi saya tak mampu nak screenshot satu-satu untuk diletakkan di sini. Kepada hampir 40 orang yang lain tu, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Moga Allah permudahkan urusan kalian semua. Terima kasih juga kepada yang meraikan dengan sederhana, menghidangkan makanan (Mahbub & Ibu), memasak lauk kegemaran (Emak) dan belanja saya makan (AZ). Alhamdulillah masih tak bertambah berat hari ni, banyak betul makan ya Azimah. Doa Bersempena genapnya umur saya 21 tahun mengikut kalendar masihi ini, semoga saya terus kuat dan tabah hadapi segala cabaran kehidupan. Banyaknya yang tersedia depan mata biarlah digunakan sebaiknya, sementara yang tiada, janganlah berharap berlebihan. Semoga saya sentiasa istiqamah menggerakkan PEPIAS dan jemaahWAP ini dan sentiasa diberikan petunjuk dan jalan yang betul untuk menggerakkannya. Sangat takut menjadi ahli gerakan Islam yang tidak membawa Islam secara syumul dan benar akibat kecetekan ilmu yang saya miliki, namun tiada guna berundur kerana tidak memberi manfaat walau satu pun. Saya bersedia untuk belajar apa yang saya tidak tahu. 28 Ogos ini genap saya 5 tahun bersama PEPIAS. Semoga rasa cinta ini kekal hingga akhirnya. Teruskan menjadi anak yang solehah, hamba yang taat perintah, umat yang berbakti, khalifah yang adil. 1) Kematian yang pasti Allah SWT menegaskan: “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktunya, maka jika datang waktunya, mereka tidak akan dapat melewatkannya walau sesaat pun dan tidak dapat (pula) menyegerakannya.” (Surah al-A’raf, ayat 34) 2) Kebaikan yang dilakukan Beliau bersabda: “Janganlah salah seorang di antara kamu mengharapkan kematian dan jangan pula berdoa agar cepat mati sebelum kematian itu benar-benar datang kepadanya. Sesungguhnya jika salah seorang di antara kamu mati, maka terputuslah amalannya. Dan sesungguhnya tidak ada yang dapat menambah umur seorang mukmin kecuali kebaikan yang dilakukannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Wassalam alaik. |










Atototo atototo
BalasPadamFatin lah ni enn?
Padampibeday azimahhhhh
BalasPadamhahahhaha. thank you bamuteqq. wish dekat sini memang lambatlah nk berbalas.
Padam