Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

Memahami Yang Tersirat

(16 Oktober 2020)  Assalamualaikum warahmatullah. Saya mulakan dengan sedikit update berkenaan diri sendiri. Selangor, KL, dan Putrajaya baru sahaja diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada Selasa lepas. Saya memilih untuk menetap sementara di sekitar Gombak disebabkan kemudahan PC yang ada. Laptop saya mengada-ngada nak rosak hari Selasa minggu lepas. Penat lah nangis sebab banyak habis duit dekat dia je sebanyak RM500++. Nanti nak kena habis RM 280 lagi. Saya ni biasa-biasa ja. Duit belanja pun mintak abah. hmm. Hari ni hari ke-3 PKPB. Banyaklah pengalaman manis yang dah dilalui. Tak tahulah manis ke tak untuk orang lain, tapi saya sangat menghargai setiap momen yang kami alami di sini (PULPA). Masak bergilir, solat jemaah, gotong-royong, bersembang, makan bersama dan sebagainya.  Setelah 5 tahun saya menjadi ahli PEPIAS, baru tahun ini saya betul-betul merasai PULPA ini #rumahkita. Ya, baru tahun ini. Yang selama ini hanyalah menjadi buahan mulut sahaja, hakikat...