Memahami Yang Tersirat
(16 Oktober 2020)
Assalamualaikum warahmatullah.
Saya mulakan dengan sedikit update berkenaan diri sendiri. Selangor, KL, dan Putrajaya baru sahaja diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada Selasa lepas. Saya memilih untuk menetap sementara di sekitar Gombak disebabkan kemudahan PC yang ada. Laptop saya mengada-ngada nak rosak hari Selasa minggu lepas. Penat lah nangis sebab banyak habis duit dekat dia je sebanyak RM500++. Nanti nak kena habis RM 280 lagi. Saya ni biasa-biasa ja. Duit belanja pun mintak abah. hmm.
Hari ni hari ke-3 PKPB. Banyaklah pengalaman manis yang dah dilalui. Tak tahulah manis ke tak untuk orang lain, tapi saya sangat menghargai setiap momen yang kami alami di sini (PULPA). Masak bergilir, solat jemaah, gotong-royong, bersembang, makan bersama dan sebagainya.
Setelah 5 tahun saya menjadi ahli PEPIAS, baru tahun ini saya betul-betul merasai PULPA ini #rumahkita. Ya, baru tahun ini. Yang selama ini hanyalah menjadi buahan mulut sahaja, hakikatnya hati tidak merasakan begitu pun. Alhamdulillah thumma alhamdulillah, dapat menjadi sebahagian yang mencipta memori di sini. Gombak ni banyak memori, sangat banyak. Meskipun Gombak bukanlah cawangan asal saya, tapi pernah menjadikan Gombak ni sebahagian daripada keluarga di awal dahulu.
Ah, setiap kali teringat pasal memori di Gombak ni, teringat pada susuk tubuh yang sudah hilang daripada jemaah ini, teringat juga pada susuk tubuh yang masih kekal, cuma di platform yang sedikit berbeza. Jujurnya, saya rindu segala memori itu. Saya rindu. Betullah, adakalanya kita perlu teruskan bergerak meski yang menjanjikan untuk bergerak bersama itu telah meninggalkan. Eheh. Pengalaman mendewasakan gitu. Untuk hubungan yang telah terputus, saya mendoakan agar anda sentiasa bahagia melayari bahtera kehidupan. Kita mungkin tidak akan berurusan seperti sebelum ini akibat tiada lagi kesefahaman, tetapi memori yang masih kekal itu memujuk hati untuk sentiasa mendoakan.
Malam ini, 12:15 pagi, masih berada di PULPA untuk persediaan program esok, Program Meraikan Hari Pembasmian Kemiskinan, program di rumah anak yatim dan di rumah orang asli. Semoga lancar semuanya. Saya gembira melihat PULPA yang kembali hidup. Saya baru mesej personal dengan seorang senior. Beliau bercerita sedikit tentang pengalaman menghidupkan PULPA dahulu sewaktu lepas menamatkan pembelajaran. I fell bless again to be here. Ehe.
Ouh, panjang juga ya update kali ni, haha.
Berbalik kepada tajuk penulisan ini, saya sedang dalam proses memahami partner yang kadang-kadang, entah, tak tahu apa yang diucapkan tu tersirat atau secara terus sebenarnya. Tak boleh nak justify. Banyak yang bakal ditafsirkan mengikut fikiran sendiri. Tak pasti sama ada teguran atau pujian, tak pasti apa yang sebenarnya nak disampaikan. Saya pula keliru saya yang perempuan atau beliau yang perempuan. Haha. Ouh ya, untuk hampir 2 bulan memegang jawatan ni, saya dapat fahami lebih banyak cara gerak kerja di sini. Dah nampak taring-taring yang ditunjukkan. Saya pula rasa "aaaa, janganlah gaduhh". Mungkin sebab tak biasa kot. Bayanglah 5 tahun dalam PEPIKUS, jarang kot gaduh, dan tak memilih untuk bertekak pun. Barangkali tak nampak view besar yang tak menguruskan perkara besar kot. Mestilah berbeza kan? Ehe.
So far so good. Banyak je rasa bersalah, banyak je yang masih blur, banyak je yang tak tahu nak kena respon ke tak, banyak je tak tahu nak respon apa. Tahu je mesti ada yang kecewa, tapi saya sendiri tak mampu laginak melayan semua perkara. Masih tak tersusun lagi. hmm. Masih berperang lagi dengan segala perasaan yang entah apa-apa.
Semoga semuanya dipermudahkan. Aminn
Sekian, wassalam.
Perform nya. How i wish to publish sekerap ni haha!
BalasPadamTeringat adik-adik dekat PULPA.
BalasPadam