Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

Gedik: Boleh dikawal.

Imej
Menyedari diri sendiri yang sebenarnya sangat berkira-kira untuk menonjolkan perangai-perangai gedik, mengada, dan manja yang menjadi kebiasaan apabila di rumah keluarga meskipun tidaklah terlalu kelihatan.  Hari demi hari yang dijalani bersama kawan-kawan yang dianggap hampir seperti keluarga sendiri ini memecahkan tembok yang menjadi perantaraan baginya setiap kali berkomunikasi dengan manusia. Setiap orang mengetahui perangai masing-masing yang makin hari semakin menyerlah perangai-perangai hodoh, sangat baik, penyayang, manja, gedik, terasa, marah, tiada mood dan sebagainya. Menerima setiap satunya dengan hati terbuka kerana setiap orang berbeza-beza.   Sampailah kepada satu hari yang sedikit menggores hati apabila dikatakan "Eyy, ko dah kenapa, gediknya", walhal perbuatan tersebut tidaklah begitu gedik berbanding perbuatan sebelum-sebelumnya. Beberapa kali hal yang sama berlaku, maka sedarlah diri bahawa tiada lagi ruang untuk berperangai sebegitu. Adakalanya sifat g...