Gedik: Boleh dikawal.
Menyedari diri sendiri yang sebenarnya sangat berkira-kira untuk menonjolkan perangai-perangai gedik, mengada, dan manja yang menjadi kebiasaan apabila di rumah keluarga meskipun tidaklah terlalu kelihatan.
Hari demi hari yang dijalani bersama kawan-kawan yang dianggap hampir seperti keluarga sendiri ini memecahkan tembok yang menjadi perantaraan baginya setiap kali berkomunikasi dengan manusia. Setiap orang mengetahui perangai masing-masing yang makin hari semakin menyerlah perangai-perangai hodoh, sangat baik, penyayang, manja, gedik, terasa, marah, tiada mood dan sebagainya. Menerima setiap satunya dengan hati terbuka kerana setiap orang berbeza-beza.
Sampailah kepada satu hari yang sedikit menggores hati apabila dikatakan "Eyy, ko dah kenapa, gediknya", walhal perbuatan tersebut tidaklah begitu gedik berbanding perbuatan sebelum-sebelumnya. Beberapa kali hal yang sama berlaku, maka sedarlah diri bahawa tiada lagi ruang untuk berperangai sebegitu. Adakalanya sifat gedik itu bukanlah disengajakan. Ia terserlah dengan sendirinya apabila sudah selesa bersama kawan-kawan. Ya, kalau duduk di rumah sendiri pun bukanlah 24 jam menggedik, hanya masa-masa tertentu sahaja, samalah situasinya di sini. Tapi iya lah, penerimaan manusia berbeza-beza.
Maka selepas ini, semakin yakinlah dia untuk mengekalkan perangai profesional dia dan menyimpan segala perangai keanak-anakan yang terselit dalam dirinya. Di sini tempat untuk melakukan kerja, bukannya tempat untuk melayani semua orang seperti keluarga sendiri. Akan dikawal seluruh perangai agar yang kebudak-budakan itu tersimpan rapi semula. This is not your place. Please behave. Kekalkan profesionalisme anda sebagai penyandang jawatan tersebut. Satu imej yang masih perlu dijaga rapi sementara masih ada hikmah yang dilihat oleh orang lain.
Pernah jugak ditegur dulu. Kena jaga izzah depan adik-adik. huhu
BalasPadamYaaa. Tapi kadang-kadang kita tak sedar apa yg kita buat tu boleh menjatuhkan izzah atau tak. haha.
Padam