Pengharapan Yang Telah Diusir
Ya, entry kali ini ada berkaitan dengan beberapa entry sebelum ni. Langkah yang telah berakhir dahulu hanya terhenti pada langkah, bukan pada pengharapan. Betul, bicara soal hati ini terlalu kompleks. Kadang diri sendiri juga tidak faham apa yang sebenarnya diinginkan oleh hati. Sekejap menginginkan itu, sekejap ini, sekejap kata suka, sekejap kata tak suka. Harapan yang difikirkan masih ada sinarnya hanyalah kerana tiada pengakuan daripada empunya diri. Barangkali segan atau malu untuk mengakui sedang di dalam perhubungan yang serius dengan seseorang dek kerana sifat luarannya yang kelihatan seperti orang yang tidak berbicara soal perhubungan. Tapi, Allah itu Maha Baik. Ya, saya sedikit sensitif berkaitan hal perhubungan lelaki-perempuan. Tak suka perkara sebegini dibuat gurauan sama ada betul ataupun salah. Itu bukan saya lah kot. Ya, Allah Maha Baik kerana memberi petunjuk yang jelas tentangnya dengan seseorang. Petunjuk yang sangat jelas saya kira. Maka dengan tenang saya bern...