Pengharapan Yang Telah Diusir
Ya, entry kali ini ada berkaitan dengan beberapa entry sebelum ni.
Langkah yang telah berakhir dahulu hanya terhenti pada langkah, bukan pada pengharapan. Betul, bicara soal hati ini terlalu kompleks. Kadang diri sendiri juga tidak faham apa yang sebenarnya diinginkan oleh hati. Sekejap menginginkan itu, sekejap ini, sekejap kata suka, sekejap kata tak suka.
Harapan yang difikirkan masih ada sinarnya hanyalah kerana tiada pengakuan daripada empunya diri. Barangkali segan atau malu untuk mengakui sedang di dalam perhubungan yang serius dengan seseorang dek kerana sifat luarannya yang kelihatan seperti orang yang tidak berbicara soal perhubungan.
Tapi, Allah itu Maha Baik. Ya, saya sedikit sensitif berkaitan hal perhubungan lelaki-perempuan. Tak suka perkara sebegini dibuat gurauan sama ada betul ataupun salah. Itu bukan saya lah kot.
Ya, Allah Maha Baik kerana memberi petunjuk yang jelas tentangnya dengan seseorang. Petunjuk yang sangat jelas saya kira. Maka dengan tenang saya bernekad untuk mengusir segala perasaan yang wujud sebelum ini. Pun begitu, masih ada rasa sayang sebagai seorang yang saya masih rapat. Semoga tak hilang rasa ini kerana jasanya banyak dalam hidup saya sebagaimana jua orang lain yang sering memberi jasa kepada saya.
Saya masih mampu mengawal segala rasa dengan baik insya Allah.
Malah, berakhirnya mengharap ini ditambahi oleh kasih sayang daripada orang yang sangat disayanginya. Terasa seolah ahli keluarganya. Hee. Meskipun dia tidak suka, haha. I love myself yang suka bersilaturrahim dan bertaaruf terutama kepada mereka yang disayangi oleh orang-orang yang saya sayangi.
Saya masih mengharapkan ada sahabat-sahabat yang suka berbuat seperti saya terhadap keluarga saya. Andai suatu hari nanti saya pergi dahulu, maka ada lah yang sudi menyambung silaturrahim dengan keluarga saya, membuktikan bahawa ukhwah yang seringkali dikatakan seperti keluarga di jemaah ini, benar-benar seperti keluarga, bukan hanya sekadar sesama kita.
Ulasan
Catat Ulasan