Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

Tak Tahu Nak Letak Tittle Apa

Kehidupan ini sentiasa ada ujian yang turut ikut bersama sepanjangnya. Hari ini saya semakin sedar, bahawa kehilangan orang dalam kehidupan adalah perkara biasa. Sama ada kematian menjadi penyebabnya, atau perkara lain. Terputus hubungan, terputus komunikasi. Namun, saya juga sedar, setiap hari merupakan hari untuk kita memulakan hubungan dan komunikasi. Proses yang tak akan tamat selagi mana kita mahu ianya berjalan. Kalau hari ini saya terputus hubungan dengan seseorang yang sebelum ini dianggap kakak, tapi hari ini juga saya boleh memulakan hubungan dengan seseorang yang boleh dijadikan kakak. Saya tak kurang kasih sayang daripada keluarga, malah boleh dikatakan saya hidup dengan penuh kasih sayang. Tetapi, saya seorang yang suka menyayangi berbanding membenci. Setiap mereka yang hadir dalam hidup ini saya sayangi dengan penuh rasa ikhlas. Tak pernah pula terfikir untuk memalsukan rasa sayang. Tetapi bukan semua manusia seperti saya apabila mencipta hubungan. Hari ini, dan dewasa in...