Pimpinan Baharu Hati Baharu
Hadir lagi insan-insan baharu di dalam hidup saya yang pastinya memerlukan komitmen untuk diberikan. Saban tahun di jalan perjuangan PEPIAS ini, sudah merasakan hal sebegini sebagai perkara biasa apabila cukup haul. Berkali-kali hati merelakan pemergian dan menerima kehadiran insan yang sudah semestinya memberi kesan di hati setiap satunya. Namun, begitulah suratan takdir yang Allah tetapkan di jalan perjuangan ini. Sentiasa percaya bahawa Allah akan sentiasa bersama, dan tidak sedikit pun pergi meninggalkan hamba-Nya yang sedang berjuang. Berjuang dan berkhidmat dengan ikhlas. Berkali-kali saya mempersoal diri sendiri, “Betulkah kau sedang berjuang? Betulkah kau sedang berdakwah? Atau sekadar melakukan apa yang sudah terbiasa dilakukan saban tahun? Ikhlaskah buat semua ni?” Soalan yang seringkali muncul tatkala ingin mengundur diri dari medan ini dan mengutamakan diri sendiri dalam setiap urusan. Dan kemudian tertanya lagi, “Kalau betul berjuang, kenapa mudah mengalah...