Sekali lagi kembali di sini dengan hati dan fikiran yang tidak baik. Beberapa hari lepas aku dinasihatkan "Buat kerja sampai rasa puas Azimah" Masih terngiang-ngiang nasihat tersebut. Aku tertanya pada diri, di saat rasa puas itu tak lagi hadir, tapi aku yang sudah tersepit dengan rasa sendiri yang berpunca daripada kata-kata orang yang bagi aku sebagai punca kekuatan untuk menggerakkan segala kerja ini. Ajarkan aku caranya, untuk melaksanakan segala kerja hingga rasa puas. Sambil ditemani rasa hati sebegini.Sambil ditemani tangisan yang kerap. Sambil ditemani fikiran yang mengatakan aku tidak layak di sini. Ini bukan tempat aku. Ajarkan aku caranya. Berkali-kali aku cuba menguatkan hati, mengabaikan fikiran yang lemah, berkali-kali. Namun setiap kali selepas bangkit, ada sahaja perkara yang menjatuhkan kembali. Berpunca dari kata-kata mereka yang kuanggap punca kekuatan. Ajarkan aku caranya, agar aku tidak mudah jatuh sebegini. Aku sudah memahami semua itu sebag...