Ajarkan Aku Caranya
Sekali lagi kembali di sini dengan hati dan fikiran yang tidak baik.
Beberapa hari lepas aku dinasihatkan "Buat kerja sampai rasa puas Azimah"
Masih terngiang-ngiang nasihat tersebut.
Aku tertanya pada diri, di saat rasa puas itu tak lagi hadir, tapi aku yang sudah tersepit dengan rasa sendiri yang berpunca daripada kata-kata orang yang bagi aku sebagai punca kekuatan untuk menggerakkan segala kerja ini.
Ajarkan aku caranya, untuk melaksanakan segala kerja hingga rasa puas. Sambil ditemani rasa hati sebegini.Sambil ditemani tangisan yang kerap. Sambil ditemani fikiran yang mengatakan aku tidak layak di sini. Ini bukan tempat aku.
Ajarkan aku caranya. Berkali-kali aku cuba menguatkan hati, mengabaikan fikiran yang lemah, berkali-kali. Namun setiap kali selepas bangkit, ada sahaja perkara yang menjatuhkan kembali. Berpunca dari kata-kata mereka yang kuanggap punca kekuatan.
Ajarkan aku caranya, agar aku tidak mudah jatuh sebegini.
Aku sudah memahami semua itu sebagai kritikan. Aku sudah memahami semua itu supaya aku segera belajar. Tapi hati dan fikiran aku tidak seiring.
Fikiran aku yang laju sahaja menangkap ketakutan untuk memberi respon lain, takut untuk membuat konklusi, takut untuk menyampaikan maklumat kepada mereka di bawah. Fikiran aku yang takut untuk mengurus orang lain di bawah kerana aku sendiri yang masih banyak kurangnya. Setiap persoalan mereka menambah ketakutan untuk aku menjawab.
Aku keliru diri apa yang aku tengah bina. Fikiran apa yang sedang aku bina. Rasa apa yang aku benar inginkan. Yang pasti bukan semua ini. Sebab aku sakit.

Ulasan
Catat Ulasan