Catatan

Tunjukkan catatan dari 2024

Penantian Tanpa Garis Masa

 Assalamualaikum haii. Malam ini, saat ini, perasaan menanti sesuatu yang masih tidak ada ketetapan begitu menyakitkan rupanya ya. Baru saya tahu bagaimana rasa penantian tersebut. Pada saat tidak ada sebarang tindakan yang boleh saya lakukan melainkan berdoa, hanya mengharapkan tindakan daripada orang lain, ohh, begini rasanya.  Laju air mata mengalir membenarkan rasa yang sedang menyesakkan dada. Saya sedar bahawa SABAR menjadi kunci dalam urusan ini. Barangkali sabarnya saya selama satu tahun setengah ini tidak mencukupi. Harus lebih mungkin.  Akan tetapi, saya sendiri tiada kepastian sehingga tempoh bilakah penantian ini menemui jawapan. Jika ditanya kepada saya mengapa masih menanti? Akan saya jawab kerana YAKIN & PERCAYA.  Barangkali inilah ujian perhubungan yang satu ini. Yang baru sahaja saya harus lalui.  Menuju satu cita yang pasti dan abadi.

Bunga Rindu Yang Ditanam Rapi.

 Masih terngiang-ngiang di kepala memori kita bersama saat awak masih di sini. Terasa berat hingga hari ini ketika waktu terus berdetak tanpa kehadiran awak. Perasaan ini yang mahu menyegerakan kehidupan bersama awak untuk dijalani bersama. Mengapa rasa tenang dan nyaman itu bertukar kepada rindu saat ini🄹 

I do Feel Lonely Even I have a Partner

As per this entry title.  I am currently uninstalling all my social media accounts except Whtasapp. I don't know what I am now, but my heart and  mind just feel like I do not want to meet or talk to anyone including my partner. I want to be alone but at the same time I do feel lonely.  What a complicated mind and life.

Menelusuri Perjalanan Perkenalan

Imej
 Assalamualaikum haii. Telah masuk bulan April 2024, sekejap betul masa berlalu. Terasa baru sahaja masuk tahun 2024, tahu-tahu dah 3 bulan berlalu. Jika dikira-kira, 10 bulan telah berlalu sejak perkenalan bersama Muhammad yang membawa sinar baharu dalam hidup saya. Iya, Muhammad yang merupakan anugerah hidup buat saya. Tadi saya sempat membelek barang-barang di rak rumah sewa. Kelihatan sebuah kotak yang lama sudah tidak dibuka. Hampir terlupa tentang isi di dalamnya. Ouh ya, kotak yang merupakan hadiah hari ulang tahun yang masih saya simpan kerana telah ditulis doa panjang tentang perhubungan kami. Di dalam kotak tersebut mengumpulkan hadiah-hadiah pemberian Muhammad yang tidak saya gunakan kerana rasa sayang. Juga terselit kad ucapan pertama yang diberikan Muhammad semasa hari ulang tahun pada Ogos lalu.  Tujuan perkenalan ini sangat jelas, untuk diakhirkan dengan sebuah hubungan halal dan diredai Allah. Meskipun langkah kami perlahan menuju hajat ini, tetapi ianya sentia...