Menelusuri Perjalanan Perkenalan

 Assalamualaikum haii.

Telah masuk bulan April 2024, sekejap betul masa berlalu. Terasa baru sahaja masuk tahun 2024, tahu-tahu dah 3 bulan berlalu. Jika dikira-kira, 10 bulan telah berlalu sejak perkenalan bersama Muhammad yang membawa sinar baharu dalam hidup saya. Iya, Muhammad yang merupakan anugerah hidup buat saya.

Tadi saya sempat membelek barang-barang di rak rumah sewa. Kelihatan sebuah kotak yang lama sudah tidak dibuka. Hampir terlupa tentang isi di dalamnya. Ouh ya, kotak yang merupakan hadiah hari ulang tahun yang masih saya simpan kerana telah ditulis doa panjang tentang perhubungan kami. Di dalam kotak tersebut mengumpulkan hadiah-hadiah pemberian Muhammad yang tidak saya gunakan kerana rasa sayang. Juga terselit kad ucapan pertama yang diberikan Muhammad semasa hari ulang tahun pada Ogos lalu. 


Tujuan perkenalan ini sangat jelas, untuk diakhirkan dengan sebuah hubungan halal dan diredai Allah. Meskipun langkah kami perlahan menuju hajat ini, tetapi ianya sentiasa berprogress. Mohon doakan urusan jodoh kami dipermudahkan :) 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)