Catatan

Penantian Tanpa Garis Masa

 Assalamualaikum haii. Malam ini, saat ini, perasaan menanti sesuatu yang masih tidak ada ketetapan begitu menyakitkan rupanya ya. Baru saya tahu bagaimana rasa penantian tersebut. Pada saat tidak ada sebarang tindakan yang boleh saya lakukan melainkan berdoa, hanya mengharapkan tindakan daripada orang lain, ohh, begini rasanya.  Laju air mata mengalir membenarkan rasa yang sedang menyesakkan dada. Saya sedar bahawa SABAR menjadi kunci dalam urusan ini. Barangkali sabarnya saya selama satu tahun setengah ini tidak mencukupi. Harus lebih mungkin.  Akan tetapi, saya sendiri tiada kepastian sehingga tempoh bilakah penantian ini menemui jawapan. Jika ditanya kepada saya mengapa masih menanti? Akan saya jawab kerana YAKIN & PERCAYA.  Barangkali inilah ujian perhubungan yang satu ini. Yang baru sahaja saya harus lalui.  Menuju satu cita yang pasti dan abadi.

Bunga Rindu Yang Ditanam Rapi.

 Masih terngiang-ngiang di kepala memori kita bersama saat awak masih di sini. Terasa berat hingga hari ini ketika waktu terus berdetak tanpa kehadiran awak. Perasaan ini yang mahu menyegerakan kehidupan bersama awak untuk dijalani bersama. Mengapa rasa tenang dan nyaman itu bertukar kepada rindu saat ini🄹 

I do Feel Lonely Even I have a Partner

As per this entry title.  I am currently uninstalling all my social media accounts except Whtasapp. I don't know what I am now, but my heart and  mind just feel like I do not want to meet or talk to anyone including my partner. I want to be alone but at the same time I do feel lonely.  What a complicated mind and life.

Menelusuri Perjalanan Perkenalan

Imej
 Assalamualaikum haii. Telah masuk bulan April 2024, sekejap betul masa berlalu. Terasa baru sahaja masuk tahun 2024, tahu-tahu dah 3 bulan berlalu. Jika dikira-kira, 10 bulan telah berlalu sejak perkenalan bersama Muhammad yang membawa sinar baharu dalam hidup saya. Iya, Muhammad yang merupakan anugerah hidup buat saya. Tadi saya sempat membelek barang-barang di rak rumah sewa. Kelihatan sebuah kotak yang lama sudah tidak dibuka. Hampir terlupa tentang isi di dalamnya. Ouh ya, kotak yang merupakan hadiah hari ulang tahun yang masih saya simpan kerana telah ditulis doa panjang tentang perhubungan kami. Di dalam kotak tersebut mengumpulkan hadiah-hadiah pemberian Muhammad yang tidak saya gunakan kerana rasa sayang. Juga terselit kad ucapan pertama yang diberikan Muhammad semasa hari ulang tahun pada Ogos lalu.  Tujuan perkenalan ini sangat jelas, untuk diakhirkan dengan sebuah hubungan halal dan diredai Allah. Meskipun langkah kami perlahan menuju hajat ini, tetapi ianya sentia...

Closing The Gap

Patah kata yang didendangkan untuk urusan kerja dalam melaksanakan program. Kali ini saya tujukan pada konteks berbeza. Closing the gap in my special relationship. Tiap proses taaruf itu mendebarkan bagi saya. Sampai satu tahap, merisaukan diri yang barangkali tersilap langkah mahupun kata. Kekurangan aksi mahupun usaha. Kekurangan kefahaman atau terlupa pantang larang. Tergores atau terabai perasaan. Kekurangan mendengar mahupun reaksi. Begini rupanya hal komitmen yang satu ini.  5 Jun 2023 - 22 Disember 2023. Telah berlalu 6 bulan tempoh perkenalan saya bersama sahabat baik saya. Mengerti banyak hal tentang rasa dan kehidupan. Merasai kukuhnya diri apabila didorong. Meski banyak tangisan dan rasa yang terpaksa didendangkan namun nun jauh di sudut hati berasa ralat dan segan. Namun, nyamannya rasa berada bersama walau laut membelah jarak. Apa benar ini rasanya cinta? Closing the gap.  Jurang perkenalan ini dibawa semakin akrab apabila bertemu bersama keluarga. Selesai di sisi...

Bagaimana Mereka Lebih Tahu?

 Ya, bagaimana mereka lebih sok tahu? Walhal tiada bersama 24 jam.  Aku yang kerap kali mendengar cerita orang tentang orang. Entah mengapa tidak beralih. Barangkali di dalam kereta dalam perjalanan menuju suatu tempat.  Aku seringkali tertanya, mengapa cerita-cerita begini boleh sampai kepengetahuan orang lain? Ada tukang cerita yang tiada kerja lain ka? Atau sekadar berteka-teki sendiri di dalam tanggapan yang tidak jelas.  Walhal jika diikutkan, aku lah yang lebih tahu. Mendapat izin dan kepercayaan untuk membaca komunikasi dalam talian jika terdapat kemusykilan. Mengawasi tindak tanduk yang menjengkelkan. Yang sekarang ini, tidak lagi aku menggunakan ruang itu.  Cukuplah banyak pesanan yang diberikan. Kita tidak akan hidup bersama sebagaimana sekarang ini. Nantinya, kita kan menguruskan hal kehidupan masing-masing. Dan mungkin, tanpa pesan-pesan dari kita lagi.  Bebaslah hidup dalam lingkungan baharu. Supaya tidak ada kepercayaan yang diragukan lagi. Ti...