Closing The Gap
Patah kata yang didendangkan untuk urusan kerja dalam melaksanakan program.
Kali ini saya tujukan pada konteks berbeza. Closing the gap in my special relationship.
Tiap proses taaruf itu mendebarkan bagi saya. Sampai satu tahap, merisaukan diri yang barangkali tersilap langkah mahupun kata. Kekurangan aksi mahupun usaha. Kekurangan kefahaman atau terlupa pantang larang. Tergores atau terabai perasaan. Kekurangan mendengar mahupun reaksi. Begini rupanya hal komitmen yang satu ini.
5 Jun 2023 - 22 Disember 2023. Telah berlalu 6 bulan tempoh perkenalan saya bersama sahabat baik saya. Mengerti banyak hal tentang rasa dan kehidupan. Merasai kukuhnya diri apabila didorong. Meski banyak tangisan dan rasa yang terpaksa didendangkan namun nun jauh di sudut hati berasa ralat dan segan. Namun, nyamannya rasa berada bersama walau laut membelah jarak. Apa benar ini rasanya cinta?
Closing the gap.
Jurang perkenalan ini dibawa semakin akrab apabila bertemu bersama keluarga. Selesai di sisi keluarga saya. Minggu hadapan, ingin dikurangkan lagi jurang perkenalan ini apabila dapat berjumpa dengan keluarga sahabat baik saya. Moga lancar semuanya. Doakan kami :)
------
Kemaskini peristiwa.
Manusia seringkali menyangka akan mendapatkan apa yang diingini semudahnya, tetapi Allah seringkali tidak memberikan laluan itu sebegitu. Ada kesukaran ataupun cabaran yang perlu dilalui dalam menyempurnakan hajat atau kehendak. Supaya manusia ini sedar, disetiap perjalanan kehidupan ini, jangan dilupakan Allah kerana hanya Dia yang berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Alhamdulillah telah bertemu dengan keluarga sahabat baik saya. Pertemuan yang agak singkat, tetapi memadai untuk pertama kali. Sayangnya, emosi saya pada waktu itu yang kurang baik disebabkan cuaca yang terlalu panas dan kepala saya migrain. Sangatlah wrong timing untuk meneruskan perjumpaan itu, tetapi itu sahaja masa yang berbaki dan telah ditetapkan lebih awal temu janji tersebut. Mengenali diri sendiri, saya siap sedia memaklumkan kepada abang dan kakak untuk lebih banyak menyantuni keluarganya dan berbual lebih mesra.
Alhamdulillah berjalan lancar semuanya. Situasi yang bagi saya agak segan, tapi alhamdulillah, nasib baik dah selalu berborak dengan makcik pakcik WADAH hahahhaa.
I'm seeking further action. May Allah ease.
Selesai pertemuan tersebut, kami menuju ke lapangan terbang. Sempat mempunyai masa berdua untuk memberikan pendapat masing-masing tentang perjumpaan tadi, hahaha. Sampai jumpa lagi. Saya akan menunggu dengan penuh kesabaran.
Ulasan
Catat Ulasan