Dia sudah pergi
2.59 a.m
Tadi aku terbangun, bukak fon, check whatsapp. Terlalu banyak mesej dari individu mahupun group. Juga banyak panggilan terlepas yang aku tak angkat dari qila. Jarang-jarang die call banyak kali macam tu.
Aku terkedu bila melihat satu-satu mesej dari kawan aku.
"azimah, bafareez dah tak de"
"azimah, mahhhh, bafareez"
"azimahhh, tadi kau jumpe bafareez tak? kau sampaikan salam aku tak?"
Terasa seolah mimpi. Sama perasaannya ketika mana dapat berita abg kandung aku meninggal. Baru jumpa dengan keadaan yg sihat, tuptup dapat berita dia meninggal.
Aku baru jumpe bafareez petang tadi dekat Sek 2. dari pukul 6.30 sampai 7. Tak dapat lama-lama sebab dah nak maghrib.
Aku bagi ambeng lebihan Muktamar PEPIKUS + ABIM KS pagi tadi. Dia beria nak sangat sebab x dapat hadir muktamar tu lagi-lagi dia sebagai Murabbi kitorang.
Dapat sembang-sembang kejap, cara dia lain. Tak macam selalu . Aku dapat rasa itu. Cara die jawab soalan aku, cerita dia tentang apa yang die nak buat lepas ni. Ya, lain.
Orang yang dah nak pergi memang akan buat sesuatu yang lain dari kebiasaan.
Setiap pertemuan ada perpisahan. Moga perpisahan ini memberikan berjuta hikmah kepada orang sekeliling yang masih hidup.
Setiap pertemuan ada perpisahan. Moga perpisahan ini memberikan berjuta hikmah kepada orang sekeliling yang masih hidup.
Bafareez, moga Allah letakkan ruh bafareez dikalangan orang-orang yang mulia disisinya kerana asbab kebaikan yang bafareez buat selama ni.
Selamat tinggal.
asifni waiyyaka.
INNALILLAHI WA'INNA ILAIHI ROJI'UN
AL-FATIHAH
MUHAMMAD FAREEZ BIN GHAZALI
AL-FATIHAH
MUHAMMAD FAREEZ BIN GHAZALI
#PEPIAS
#PEPIKUS
#GPHU
#PEPIKUS
#GPHU
Moga Allah tempatkan dia dalam kalangan orang yang beriman, aminn
BalasPadam