Hidup ini penuh dengan ujian Dan aku percaya, setiap ujian itu ada hikmah yang sangat besar Satu persatu ujian itu datang, aku tak tahu sama ada aku kuat atau tak hadap semua itu. Apa yang aku tahu, aku mesti hadap. Kalau lari pon, tiada guna. Itulah lumrahnya kehidupan. Ya, ujian itu bermacam jenis yang melibatkan pelbagai perkara. Eh? betul tak ayat ni? huhu. Kaya ujian, miskin ujian, tenang ujian, resah ujian,busy ujian, tak busy pon ujian, banyak bercakap ujian, diam juga ujian. Dunia ini memang penuh dengan ujian. Setinggi mana tahap kebergantungan kita kepada Allah apabila kita hadapi ujian itu? Aku dalam situasi ketakutan pada diri sendiri, takot jika apa yang aku lakukan ini hanya sia-sia. Kepenatan aku, kegelisahan aku, keserabutan aku, kegigihan aku. Aku takot jika semua ini hanya sia-sia. Sangat takot. Aku takut jika semua ini tiada nilai dimata Allah.