Perangai itu bukan bidang tugas aku
Benarlah, semakin membesar kita semakin menghadapi manusia-manusia yang pelbagai perangai.
Dia yang kini semakin dewasa, mencuba memahami setiap apa yang terjadi dalam kehidupannya.
Dahulunya, mudah untuk dia memberi kepercayaan kepada seseorang atau mempercayai seseorang.
Sehinggalah dia menjadi dewasa, kepercayaan itu sukar untuk diberi dan untuk dirasai.
Menjadi seorang pendengar setia tanpa meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap cerita itu kerana
mendengar itu memang semulajadi menjadi sifatnya.
Ah!
Manusia sering sahaja membuat dia menjadi orang yang bersalah.
Apa yang dikatakan itu adalah apa yang dia dengar.
Lalu kata-katanya itu pula dinafikan.
Dia hanya berdiam diri,
Penat barangkali ingin menegakkan apa yang dikatakan
Kerana manusia yang dia hadapi itu bercakap semahu dia
Tiada guna jika dia menegakkan apa yang dia katakan
Kerana setiap katanya itu pasti akan dinafikan oleh cerita yang berbeza
Biarlah, perasaan ihsan itu tidak berada di hati semua orang
Biarlah dia yang kelihatan bersalah,
Penat mahu berbicara selanjutnya,
Biarkan dia meneruskan kerja dia
Baki hari yang ada, semoga semuanya berjalan lancar
Untuk yang seterusnya, dia tidak akan mengulangi kesalahan yang sama
Dia perlu sedar, kemampuan dia itu belum dapat mencapai pada satu tahap yang agak tinggi
"Pembelajaran itu lebih mudah jika daripada bawah, kerana di saat berada di atas, anda tidak punya banyak masa untuk belajar."

Ulasan
Catat Ulasan