Masih ada ruangkah?

Jika yang engkau cari itu kesenangan,
Bukan di sini tempatnya

Jika yang engkau cari itu pengalaman dan pembelajaran,
Iya, di sini tempatnya

Tetapi harus kau ingati
Bahawa proses pembelajaran itu tidak mudah

Mana mungkin seseorang itu bisa terus pandai membaca al-Quran jika tidak mengenali huruf-hurufnya

Pernah kau dimarahi oleh ibu kerana mengulangi kesilapan menyebut huruf ketika membaca Iqra'?
Untuk kesalahan yang ke berapa?
Tetapi engkau masih meneruskan pembelajaran itu.
Pernah engkau mengalah?
Tidak sesekali.
Kerana engkau punya matlamat

Sehinggalah akhirnya, engkau berjaya mendendangkan alunan ayat suci al-Quran dengan lancar dan berlagu.

Sudah berjayakah kau?

Tidak

Kau masih perlu meneruskan proses pembelajaran

Di saat alquran itu masih belum dapat engkau fahami.

Setelah engkau fahami, sudah berjayakah kau?

Masih belum.

Sehingga engkau mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya.

Semudah itukah untuk mengamalkannya?

Di saat godaan manusia dan syaitan rakus menerjah hatimu yang suci

Sudah ku bilang,

Proses ini tidak mudah.

Engkau perlu terus kuat

Jangan dilupakan Allah yang Maha Kuat

Minta kekuatan dariNya.

Hati ini rapuh

Jangan biarkan ia terus bercerai -cerai

Jadikan ia sentiasa kuat,

Image result for hati

Dengan segala cara yang memungkinkan.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)