Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Laluan Kedamaian

Assalamualaikum warahmatullah ! Sementara menunggu waktu Maghrib masuk, dikeheningan senja ini, aku mengajak diri sendiri untuk menulis di blog ini. Sekadar melepaskan satu cerita tentang kehidupan dengan santai sambil mendengar surah-surah dialunkan. Ya, aku adore sangat dengan alunan ayat suci al-Quran daripada qari Indonesia, Muzammil Hasballah dan juga Imam Misyari . Selalunya suara ini yang sering didengari untuk mengisi jiwa yang kadangnya kusut, tak tentu arah dan sebagainya. Bukanlah bermaksud aku ni hanya dengar ayat-ayat al-Quran sahaja setiap masa, takk, bukan jugak bermaksud aku tak pernah lagha. Ohh, jauh sekali. Disebabkan terlalu banyak benda lagha yang kadangnya aku sendiri tak perasan dan aku sendiri terbazirkan masa dengan perkara tak mendatangkan manfaat sama ada buat orang lain mahupun diri sendiri lah, di waktu santai aku mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran ini. Lemahnya aku sebagai seorang manusia, tidak bermakna aku tidak mampu mengatasi kelemahan itu. Dan, m...

Safran Sa'id ya asdiqo'i !!!

Imej
Perlu aku sedari hakikat kehidupan ini yang sememangnya akan bertemu dengan perpisahan di saat yang tepat. Entah mengapa, perpisahan kali ini begitu terasa walaupun di saat ini kita telahpun terpisah setelah beberapa lama. Mungkin kerana perpisahan kali ini mememisahkan jarak yang sangat jauh barangkali. Air mata ini tidak mampu diseka. Setiap kali diseka, setiap kali itu ianya terus mengalir. Perasaan yang berbaur ini sememangnya sulit untuk diluahkan. Dan mungkin tidak perlu untuk diluahkan. Pemergian kalian ke bumi Mesir atas tujuan menunutut ilmu itu teramatlah mulia. Berangkatlah dengan selamat wahai sahabat-sahabat. Akan ku terus merindui jasad kalian untuk berjumpa. Semoga kejayaan yang diimpikan tercapai. Semoga diri kalian terus diberi kekuatan dalam merindui keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat di Malaysia. Sungguh, rindu itu, bila dia hadir, terlalu sakit untuk dirasai. Semoga kalian terus diberi kekuatan dalam menghadapi segala cabaran hidup di bumi orang. Semoga kalian ...

Kata Hati

Imej
Buku diari yang lama tersimpan rapi. Kucapai salah satunya. Kubuka lembaran demi lembaran. Berjuta memori tersingkap kembali. Waktu Kau sememangnya tidak dapat diundurkan kembali Segala memori itu tersimpan digulunganmu Hanya menjadi bualan untuk diingati semula Hanya menjadi ingatan untuk dikenang semula Segala memori yang disimpan kemas diingatan Memberi berjuta hikmah dalam lipatan kehidupan ini Juga mematangkan buat diri yang masih di atas perjalanan pembelajaran Setinggi-tinggi ucapan terima kasih Buat insan yang sudi hadir dalam hidup ini Mencipta bersama kenangan buat tatapan diri sendiri Walaupun hadirnya cuma sementara Walaupun hadirnya membuat kutersakiti Walaupun hadirnya sekadar ingin menguji Terima kasih kuucapkan Tanpa hadirnya insan-insan sebegini Mungkin aku akan terus berada di dalam keselesaan kehidupan Buat yang sentiasa disampingku Jasa seluas lautan itu tak pernah kulupakan Membalasnya mungkin tak ku termampu Moga-moga Allah membalasn...