Laluan Kedamaian

Assalamualaikum warahmatullah !

Sementara menunggu waktu Maghrib masuk, dikeheningan senja ini, aku mengajak diri sendiri untuk menulis di blog ini. Sekadar melepaskan satu cerita tentang kehidupan dengan santai sambil mendengar surah-surah dialunkan. Ya, aku adore sangat dengan alunan ayat suci al-Quran daripada qari Indonesia, Muzammil Hasballah dan juga Imam Misyari . Selalunya suara ini yang sering didengari untuk mengisi jiwa yang kadangnya kusut, tak tentu arah dan sebagainya.

Bukanlah bermaksud aku ni hanya dengar ayat-ayat al-Quran sahaja setiap masa, takk, bukan jugak bermaksud aku tak pernah lagha. Ohh, jauh sekali. Disebabkan terlalu banyak benda lagha yang kadangnya aku sendiri tak perasan dan aku sendiri terbazirkan masa dengan perkara tak mendatangkan manfaat sama ada buat orang lain mahupun diri sendiri lah, di waktu santai aku mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran ini. Lemahnya aku sebagai seorang manusia, tidak bermakna aku tidak mampu mengatasi kelemahan itu. Dan, mungkin ini cara aku. Dengan mendengar ayat-ayat al-Quran. Meninggalkan zaman-zaman tilawah al-Quran, jujurnya aku terasa rindu. Nafas yang dahulunya agak panjang, sekarang dah kurang panjang mungkin disebabkan kurangnya latihan. Cara melagukan ayat-ayat al-Quran, ohh, entah sudah hilang ke mana.

Aku tak nak semua tu hilang sepenuhnya dek kebusy-an yang sekarang aku hadap. Jadinya, dengan cara mendengar melalui youtube ni je lah cara paling ringkas, santai, dan efektif untuk aku ulang hafalan-hafalan aku selama ni dan melagukan ayat-ayat tu walaupun bukan ikut cara tilawah al-quran yang sebenar. Aku bertanggungjawab untuk pelihara hafalan-hafalan tu semua. Ya, aku kena bertanggungjawab.

Aku rasa aku ada life dengan buat macam ni. haha. Menjadi hafizah itu impian, tetapi untuk masa sekarang ni, aku tak mampu dan tak tahu bila aku akan mampu. Jujurnya berat untuk menghafaz satu al-Quran. Hafazan yang ciput ni pun susah untuk dijaga, apatah lagi yang banyak.

Impian aku, jika satu al-Quran tu aku tak mampu nak hafaz, cukuplah aku dapat menyambung beberapa ayat di saat aku terdengar bacaan al-quran dibacakan. Bak kata orang, 'tebuk'. Kalau tak mampu nak tebuk panjang-panjang, cukuplah kegembiraan bagi aku jika dapat tebuk sikit-sikit.

Kedamaian yang aku rasai untuk setiap kali mendengar bacaan ayat al-Quran ini menjadi bukti bahawa kedamaian, ketenangan itu datang apabila kita sebagai hamba ingat kepada Allah.
Aku pilih jalan kedamaian yang ini untuk hati aku yang rapuh ini. Kekuatan itu akan datang jua akhirnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)