Safran Sa'id ya asdiqo'i !!!

Perlu aku sedari hakikat kehidupan ini yang sememangnya akan bertemu dengan perpisahan di saat yang tepat. Entah mengapa, perpisahan kali ini begitu terasa walaupun di saat ini kita telahpun terpisah setelah beberapa lama. Mungkin kerana perpisahan kali ini mememisahkan jarak yang sangat jauh barangkali.

Air mata ini tidak mampu diseka. Setiap kali diseka, setiap kali itu ianya terus mengalir. Perasaan yang berbaur ini sememangnya sulit untuk diluahkan. Dan mungkin tidak perlu untuk diluahkan. Pemergian kalian ke bumi Mesir atas tujuan menunutut ilmu itu teramatlah mulia. Berangkatlah dengan selamat wahai sahabat-sahabat. Akan ku terus merindui jasad kalian untuk berjumpa. Semoga kejayaan yang diimpikan tercapai. Semoga diri kalian terus diberi kekuatan dalam merindui keluarga, guru-guru, sahabat-sahabat di Malaysia. Sungguh, rindu itu, bila dia hadir, terlalu sakit untuk dirasai. Semoga kalian terus diberi kekuatan dalam menghadapi segala cabaran hidup di bumi orang. Semoga kalian kuat! In shaa Allah sentiasa ada doa yang mengiringi kalian :) 

Kejayaan yang dahulunya ingin aku capai di Maghribi itu mungkin telah menjadi kenangan lama. Impian yang terkubur. Akan tetapi, aku tahu setiap impian itu boleh diubah halatujunya. Mengubah halatuju tidak salah, yang penting ada halatuju. Begitu juga kalian, jika terhenti dipertengahan jalan, masih banyak laluan lain yang ada. Jangan berputus asa. :)





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)