Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Kecil yang Besar

Apa yang cuba untuk aku tuliskan ni? P.E.N.G.H.A.R.G.A.A.N. Semua orang menginginkan perkara ini setelah dia melakukan sesuatu. Tak perlu pun sampai kena beri hadiah mahal-mahal. Tak perlu pun beri wang nilai yang tinggi. Iya, aku tahu itu juga salah satu cara memberi penghargaan. Tapi tak semua orang mengharapkan wang ringgit atau barangan itu. Mungkin cukup sekadar memberi sokongan dan dorongan. Atau mengucapkan terima kasih. Atau adakan waktu untuk dia bercerita. Atau ajak dia pergi ke tempat yang dia suka. Atau mungkin, cukup sekadar menunjukkan yang kita ini kisah tentang apa yang sedang dia buat. Mungkin nampak kecil pada kita, Tetapi teramat besar bagi dia. Aku tak tahu, sampai tahap manakah penghargaan ini perlu ditunjukkan. Tetapi, selagi mampu, maka tunjukkanlah. Meski dia tidak meminta.

Eid Adha

Eidul Adha merupakan hari raya kedua bagi umat Islam jika mengikut susunan di dalam kalendar Hijrah, namun ia jauh lebih besar berbanding Eidul Fitri. Besar itu bukanlah dinilai dari segi saiz mahupun bentuk. Haha. (Tak kelakar kannnn) Tapi dikatakan besar kerana takbir yang ada pada dua raya ini. Eidul Fitri hanya dilaungkan takbir pada 1 Syawal sahaja, manakala Eidul Adha dilaungkan takbir sepanjang 4 hari tasyrik iaitu 10,11,12,13 Zulhijjah. Hari ni merupakan hari terakhir hari tasyrik. Tadi aku sengaja memilih untuk solat asar dekat masjid sebab nak takbir berjemaah untuk kali terakhir. Feeling sangat. Terasa syahdu bila 4 hari yang mulia ini telah berlalu. Ditambah imam yang mengetuai bacaan doa membacakan doa dalam bahasa Melayu. Masuk menyusup terus di dalam hati ini. Lalu, air mata kehambaan itu pun laju berlinangan. Selamat tinggal, jumpa lagi tahun depan :)

Tidak Ternilai: Sahabat

Dalam persahabatan itu pastinya akan ada ujian. Ujian yang akan menyebabkan persengketaan, salah faham, sakit hati dan sebagainya. Aku pernah melalui semua itu. Ujian persahabatan ni macam ujian orang berkahwin tau (acah-acah macam pernah tahu je ujian berkahwin tu cemana kann) Haha Tapi betul, ujian dalam persahabatan ni pun tak kurang banyaknya. Untuk segala sakit hati, salah faham, persengketaan dan sebagainya tu, cubalah untuk meletakkan atau membuka sedikit ruang kepada diri sendiri untuk memaafkan. Susah? Yes, syaitan akan sentiasa berusaha untuk memutuskan hubungan sesama Muslim. Aku cuma kasihan pada mereka yang putus persahabatan hanya kerana hal-hal yang kecil. Mungkinlah kecil bagi aku, tapi bukan pada orang tersebut. Ya. Mungkin. Aku tidak berada di tempat orang tersebut. Cuma, apa yang aku pegang. "Apalah sangat hal yang kecil itu sampai terputusnya hubungan persahabatan yang lama dijalin ni" Besar macam mana pun hal itu,  cuba anggapnya ...

Pemergian yang Diingati

Dikesempatan ini, aku mengambil ruang untuk menulis serba sedikit. 13 Ogos  2018 Telah pergi seorang guru yang amat disayangi oleh murid-muridnya. Seorang yang ceria, tersenyum, peramah, dan selalu positif. Kata-kata yang keluar dari mulutnya selalu sahaja menyenangkan hati pendengar. Marah jauh sekali. Aku terkejut bila dapat berita pemergiaan cikgu. Baru Khamis lepas berjumpa dengan dia dan cikgu Faiz untuk meminta bantuan hebahkan berkenaan program GEGAS. Tiba-tiba dapat makluman yang cikgu dah tak ada. Terkejut sangat. Aku rasa macam"seriuslah weyh?" Tapi itulah, kehidupan ini akan berakhir juga. Itu lumrah. Bila dapat tahu tu, aku terus tanya dekat group Amanahians. Ada tak yang nak pergi layat(ziarah org meninggal)? Aku roger senior yang tahu update pengurusan jenazah. Pukul 11 macam tu aku gerak ambil Syaqira and Ain then terus ke hospital sebab jenazah perlu dibuat postmortem. Ramai cikgu-cikgu yang juga menunggu. Tangisan yang bersilih ganti. ...

GEGAS MEGA 2018

Imej
Assalamualaikum. Hai semua.  Ramai orang promote dekat social media FB,IG,Twitter and Whatsapp, ku nak cuba kelainan sikit. Hai pembaca-pembaca blog saya, saya nak promote program ni.  Program ni khas untuk gadis remaja sahaja tau. Apa yang best program ni? 1) Pengisian yang menarik sesuai dengan cabaran menghadapi zaman sekarang ni 2) Tempat program yang best 3) Fasi-fasi yang sangat superb! 4) Ada saya. Eh ehhhh. Hahahahahah. 5) Panelis yang pakar dalam hal-hal empowerment 5) Aktiviti-aktiviti tang sangat menarik, kena cuba baru tahu! Jadi, jom lah daftarkan diri sendiri atau adik-adik kalian! Tak rugi, in shaa Allah. RM35 ringgit je tauuu Jom daftar!☺

Masih di dalam kerinduan yang menggunung

Sahabat WESHILFAREZANA itu tertubuh atas kerelaan kita semua Di sini bertautnya hati-hati kita Rindu? Aku sangat rindu Tetapi sahabat, perpisahan sementara itu pastinya berlaku Tapi kita masih bersatu Dalam tautan hati ini WESHILFAREZANA ini istimewa buat insan bernama Dyaeyoon Siapa sangka, mengenali WESHILFAREZANA ini mengenalkan kita dengan insan hebat seperti dia Masih ada doa yang setia mengiringi dia Sahabat Kita sudah lama tidak bertemu Ada rindu yang terpendam lama Ada bait kata yang ingin diucapkan Ada tangisan yang ingin disaksikan Ada pelukan erat yang ingin diberikan Bila kita dapat merealisasikan itu semua? Aku rinduuuu

Tak Terbayang

Imej
Banyak yang aku boleh bayangkan untuk masa depan nanti. Graduasi untuk lagi 3 tahun, kerja sana sini, ambil lesen bas, travel dengan keluarga, dengan kawan, pergi Labuan, semakin matang dalam berfikir, dan macam-macamlah. Aku boleh membayangkan perkara-perkara itu berlaku. Aku scroll instagram, tengok story orang. Beberapa story mahupun posting yang mengenangkan semula tentang pemergian mak ayah dorang. Sentiasa dalam kerinduan yang menggunung. Aku sangat sensitif bab mak ayah ni. Sangatt. Mesti nangis bila tengok posting yang macam tu. Sebab aku tak mampu terbayang macam mana kehidupan aku tanpa mak abah suatu hari nanti. Aku tak mampu membayangkan. Adakah aku waktu itu masih Azimah yang kuat? Adakah aku waktu itu masih Azimah yang aktif? Yang cergas? Adakah aku masih menjadi seorang Azimah yang pandai untuk bergurau senda? Haha, menaip ni pun dah nangis dah. I just can't imagine it. Mak abah ni salah satu sumber kekuatan yang terbesar. Aku masih boleh melepaskan se...

Ada life

Assalamualaikum, haiiiii. Sihat? Alhamdulillah, dapat baca entry ni pun dah dikira sihat lah tu sebab Allah pinjamkan kesihatan mata pada kita😊 Kali ni boleh letak emoji sebab type guna fon. Ahahaha. Tak best sebab kecik, tapi best sebab ada emoji. Barulah tulisan tu ada perasaan sikit. Ehh, tulisan pun kena ada perasaan ke? Hahahah. Waktu semakin berlalu. Pengharapan yang tinggi apabila berjalannya waktu, menyebabkan diri sendiri lebih matang dalam berfikiran mahupun tindak tanduk seterusnya. Tapi, aku masih tak dapat nak capai. Buktinya, bila hantar usul dekat group kanan, dorang kata paduuu, powerr. Tapi, bila hantar dekat group kiri, kena libas dengan penasihat. Ya, ayat aku tu masih x matang. Tak pandai nak menterjemah apa yang difikiran melalui ayat. Orang macam aku ni perlukan masa yang terlalu banyak untuk terima kot. Aku rasa banyak kali je dah aku terima komen-komen yang macam ni, but I still make the same thing. Uarghhh. ******************************* Ouh ya,...