Pemergian yang Diingati

Dikesempatan ini, aku mengambil ruang untuk menulis serba sedikit.

13 Ogos  2018

Telah pergi seorang guru yang amat disayangi oleh murid-muridnya.

Seorang yang ceria, tersenyum, peramah, dan selalu positif.

Kata-kata yang keluar dari mulutnya selalu sahaja menyenangkan hati pendengar.

Marah jauh sekali.

Aku terkejut bila dapat berita pemergiaan cikgu.

Baru Khamis lepas berjumpa dengan dia dan cikgu Faiz untuk meminta bantuan hebahkan berkenaan program GEGAS.

Tiba-tiba dapat makluman yang cikgu dah tak ada.

Terkejut sangat. Aku rasa macam"seriuslah weyh?"

Tapi itulah, kehidupan ini akan berakhir juga. Itu lumrah.

Bila dapat tahu tu, aku terus tanya dekat group Amanahians. Ada tak yang nak pergi layat(ziarah org meninggal)? Aku roger senior yang tahu update pengurusan jenazah. Pukul 11 macam tu aku gerak ambil Syaqira and Ain then terus ke hospital sebab jenazah perlu dibuat postmortem.

Ramai cikgu-cikgu yang juga menunggu. Tangisan yang bersilih ganti. Aku tahu, ini satu pemergian yang mengejut dan satu kehilangan yang besar buat cikgu-cikgu dan anak murid. Insan yang Allah ambil ni sangatlah banyak jasanya.

Lebih kurang 2 jam postmortem, then cikgu-cikgu mandikan jenazah. Aku dengan kawan-kawan terus gerak ke masjid Sg Terap untuk solatkan jenazah. Sampai je kat masjid, 2 bas pelajar SAMTK tengah menunggu juga nak solatkan jenazah. Ramai juga bekas belajar dan rakan guru dari sekolah lain pun menunggu.

Masjid tu penuh.

Bila jenazah dah sampai, terus di bawa ke dalam masjid untuk disolatkan. Ini solat jenazah yang aku buat selepas 2 tahun tak solat jenazah. Last sekali waktu solat jenazah ghaib untuk ustaz Sobri yang juga guru SAMTK.

Terasa syahdu sangat bila ramai yang solatkan jenazah. Beruntungnya cikgu.

Usai solat, jenazah diletakkan di beranda masjid untuk dilihat oleh keluarga, rakan, dan anak murid buat kali terakhir. Aku sempat dapat tengok muka cikgu. Laju je air mata mengalir. Tapi dalam masa yang sama, tenang. Aku tahu, cikgu pergi dengan tenang. Muka cikgu macam bercahaya dan tersenyum je. Lagi laju air mata mengalir bila tengok dua orang anak cikgu yang darjah 1 dan 3 tu cium mak diorang.

Anak cikgu yang darjah satu tu macam tak faham lagi. Dia ikut je arahan ayah dia untuk cium mak dia. Tapi yang abang tu, dia faham dah. Dia nampak sangat tabah. Cuba ditahan-tahan air mata daripada keluar berulang kali.

Tabahnyaaaa. Kuatnyaaa. I just can't. T_T

Mostly lepas tengok muka cikgu, memasing nangis. Serius tak boleh nak seka-seka lagi dah. Insan itu pergi tanpa kembali.

Lepas dah habis, ramai yang dah balik. Tapi kitorang balik lambat sikit. Kereta aku kena block. Tadi datang awal, tak sangka latar masjid penuh dengan kereta. Fuh.

Sambil tu dapat nasihat daripada Teacher Jikha.
"Doakanlah yang terbaik buat cikgu Harini. Jangan lupa juga doakan kami yang masih hidup ni. Yang pergi didoakan, yang masih hidup ni pun perlu didoakan."

Always. Doa untuk cikgu-cikgu ni sentiasa ada.

**************************************************************************

Pastinya, ada insan yang sangat terasa dengan pemergian ini.

Cikgu Faiz, partner cikgu Harini as kaunselor.

Sekarang ni kitorang kena berurusan dengan cikgu Faiz untuk peserta GEGAS.

Alhamdulillah, seramai 38 orang peserta GEGAS dr SAMTK.

Ini atas bantuan dua orang kaunselor yang baik hati ni. Doakan mereka sentiasa sejahtera :)

Cikgu Faiz sekarang masih tak kuat lagi.

Dia perlukan masa untuk biasakan diri tanpa partner.

Teralalu banyak kenangan yangtercipta bersama.

Pastinya, segala kenangan itu akan sentiasa bermain difikiran.

Aku tahu cikgu sangat sensitif untuk sekarang ni.

Nak berurusan untuk gegas ni pun aku and Ijat rasa bersalah.

Ijatlah yang banyak bantu dan berurusan dengan cikgu.

Aku hanya orang yang tengah untuk memberi arahan. Haha.

Dapat tahu, sekarang ni cikgu Faiz tak duduk dekat bilik Unit Bimbingan Kaunseling(UBK), cikgu duduk di PS.

Tak cukup kuat lagi untuk berada di bilik UBK dengan segala kenangan yang ada bersama.

Aku faham sangat perasaan tu.

Hanya mengharapkan, cikgu Faiz terus diberi kekuatan.

Doakan cikgu Faiz guys :)

Al-Fatihah untuk Cikgu Harini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)