Tidak Ternilai: Sahabat
Dalam persahabatan itu pastinya akan ada ujian.
Ujian yang akan menyebabkan persengketaan, salah faham, sakit hati dan sebagainya.
Aku pernah melalui semua itu.
Ujian persahabatan ni macam ujian orang berkahwin tau (acah-acah macam pernah tahu je ujian berkahwin tu cemana kann)
Haha
Tapi betul, ujian dalam persahabatan ni pun tak kurang banyaknya.
Untuk segala sakit hati, salah faham, persengketaan dan sebagainya tu, cubalah untuk meletakkan atau membuka sedikit ruang kepada diri sendiri untuk memaafkan.
Susah?
Yes, syaitan akan sentiasa berusaha untuk memutuskan hubungan sesama Muslim.
Aku cuma kasihan pada mereka yang putus persahabatan hanya kerana hal-hal yang kecil. Mungkinlah kecil bagi aku, tapi bukan pada orang tersebut. Ya. Mungkin. Aku tidak berada di tempat orang tersebut.
Cuma, apa yang aku pegang.
"Apalah sangat hal yang kecil itu sampai terputusnya hubungan persahabatan yang lama dijalin ni"
Besar macam mana pun hal itu, cuba anggapnya kecil kerana aku yakin, hubungan persahabatan yang sudah lama itu jauh lebih besar nilainya.
"Biarlah kita rugi sementara kerana salah faham dan kehilangan orang yang sesuai sementara. Janganlah kita rugi selamanya atas kehilangan sahabat yang sangat baik sebenarnya"
Kita masing-masing ni pun ada silapnya. Ya. Ada. Jangan meletakkan kesalahan itu hanya pada dia seorang. Jangan jadikan dia asbab kita menjauh dari dia, sedang kita lupa mencari asbab yang berpunca dari kita sendiri.
Persahabatan ini anugerah dari Allah.
Hargailah anugerah yang satu ini di samping kita menghargai anugerah yang lain.
Doakan hubungan persahabatan aku dengan sahabat-sahabat aku hingga ke Syurga :)

Ulasan
Catat Ulasan