Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

The Happiness

Nak kata rindu, tak lah sangat pun. Biasa je. Siapa tu? Adik-beradik dengan mak abah. Haha Semakin besar, macam semakin sayang. Kecil-kecil dulu asyik gaduh je. Si abang tu backup adik ni, si kakak tu backup adik ni. Lepas gaduh akan ada yang menangis. Tak puas hati. Sorok barang. Macam-macam ragam lagilah. Huu. Mungkin itulah ketentuan yang telah ditetapkan untuk zaman kanak-kanak kitorang semua supaya ada tercipta memori yang boleh dikenang balik waktu dah besar ni. Bila dah besar, masing-masing terpisah sementara demi menyambung kehidupan masing-masing. Ada yang kerja dekat KL, ada jugak yang kerja di Shah Alam, yang kerja kampung je tapi selalu outstation bawak lori, ada yang mengajar dekat sekolah berdekatan rumah, ada yang belajar dekat Shah Alam, ada yang tinggal dekat asrama, dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kitorang semua. Yang ini terpisah buat selamanya, dan in shaa Allah moga-moga bertemu semula di syurga nanti. Betullah bak kata orang, jarak dan...

Suatu Permusafiran

Aku selalu mendapat soalan berkenaan apa yang aku lakukan. Contohnya, aku pergi ke suatu tempat berseorangan. Mereka bertanya, "Pergi situ buat apa? Ada apa-apa program ke? Ada nak pergi jumpa siapa-siapa ke?" Dan jawapanku, "Saja-saja. Nak jalan-jalan" Aku suka mengenali tempat orang. Aku suka nak tahu suatu tempat itu bagaimana. Jadinya, aku 'bermusafirlah'. Asasnya, ada beberapa sebab yang membuatkan aku rasa nak pergi satu tempat yang baru atau jarang pergi. Antaranya: 1) Hati rasa tak menentu. Seumpama iman berkurang sangat-sangat. Jauh dari Allah 2) Bosan dengan kehidupan yang sama 3) Nak jumpa orang lain. Bila hati tidak lagi tenang. Bila ia tidak lagi berfungsi untuk menguatkan seluruh jiwa raga dek kegundahan yang dirasai, maka aku perlukan waktu untuk perbetulkan ia kembali dengan cara bermusafir berseorangan. Berbicara dengan diri sendiri, berbicara dengan alam, berbicara dengan Allah. Aku mengambil langkah yang begitu kerana wa...