Suatu Permusafiran
Aku selalu mendapat soalan berkenaan apa yang aku lakukan.
Contohnya, aku pergi ke suatu tempat berseorangan.
Mereka bertanya, "Pergi situ buat apa? Ada apa-apa program ke? Ada nak pergi jumpa siapa-siapa ke?"
Dan jawapanku, "Saja-saja. Nak jalan-jalan"
Aku suka mengenali tempat orang. Aku suka nak tahu suatu tempat itu bagaimana. Jadinya, aku 'bermusafirlah'.
Asasnya, ada beberapa sebab yang membuatkan aku rasa nak pergi satu tempat yang baru atau jarang pergi.
Antaranya:
1) Hati rasa tak menentu. Seumpama iman berkurang sangat-sangat. Jauh dari Allah
2) Bosan dengan kehidupan yang sama
3) Nak jumpa orang lain.
Bila hati tidak lagi tenang. Bila ia tidak lagi berfungsi untuk menguatkan seluruh jiwa raga dek kegundahan yang dirasai, maka aku perlukan waktu untuk perbetulkan ia kembali dengan cara bermusafir berseorangan. Berbicara dengan diri sendiri, berbicara dengan alam, berbicara dengan Allah.
Aku mengambil langkah yang begitu kerana waktu bermusafir berseoranganlah aku meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah. Semuanya.
Aku manusia biasa yang kadang-kadang terhanyut fikirannya dek kesibukan atau kealpaan dunia, maka cara sebegitu membuatkan aku merasai bahawa aku ada Allah. Aku ada tempat untuk diletakkan pengharapan. Aku bukannya sepenuhnya ke atas diri aku.
Bermusafir inilah yang membuatkan diri sendiri sedar siapa aku. Hamba yang banyak kekurangannya. Segala yang terjadi atas izin-Nya. Waktu-waktu itu dijadikan waktu untuk banyak bermuhasabah.
Jadinya, pesan aku, bermusafirlah. Seorang, dua orang, tiga orang, bermusafirlah. Jadikan permusafiran itu satu permusafiran yang bermakna. Bukan hanya untuk tautan hati sesama manusia, tetapi juga tautan hati dengan Allah.

Ulasan
Catat Ulasan