The Happiness

Nak kata rindu, tak lah sangat pun. Biasa je.
Siapa tu? Adik-beradik dengan mak abah. Haha

Semakin besar, macam semakin sayang. Kecil-kecil dulu asyik gaduh je. Si abang tu backup adik ni, si kakak tu backup adik ni. Lepas gaduh akan ada yang menangis. Tak puas hati. Sorok barang. Macam-macam ragam lagilah. Huu.

Mungkin itulah ketentuan yang telah ditetapkan untuk zaman kanak-kanak kitorang semua supaya ada tercipta memori yang boleh dikenang balik waktu dah besar ni.

Bila dah besar, masing-masing terpisah sementara demi menyambung kehidupan masing-masing. Ada yang kerja dekat KL, ada jugak yang kerja di Shah Alam, yang kerja kampung je tapi selalu outstation bawak lori, ada yang mengajar dekat sekolah berdekatan rumah, ada yang belajar dekat Shah Alam, ada yang tinggal dekat asrama, dan ada juga yang telah pergi meninggalkan kitorang semua. Yang ini terpisah buat selamanya, dan in shaa Allah moga-moga bertemu semula di syurga nanti.

Betullah bak kata orang, jarak dan masa itu menyatukan. Buat masa sekarang ni, adik-beradik aku semuanya masih dalam Selangor. Paling jauh pun KL je. Selalunya, setiap hujung minggu kalau tak kena OT, dorang akan balik rumah. Aku pula, kalau tak ada program(tak pergi program), aku pun akan balik ke rumah. Yang duduk dekat asrama tu, biasalah, 2 minggu sekali baru balik. 

Aku semangat nak balik rumah bila abang kakak balik rumah, haha. Meriah gitu. Bila masing-masing dekat rumah, mesti ada je yang akan tanya "Apa plan malam ni?" " Esok kita nak buat apa?" "Bowling jom?" "Karaokae jom?" "Jalan-jalan jom?" "Badminton jom?" Dan pertanyaan-pertanyaan macam ni mesti akan ada jawapan " Haa, jom weyh jomm" "Jap, aku tanya gelanggang free ke tak" "Malam ni masukkan baju-baju jom" "Esok bakar ikan jom" "Esok petik sawit jom" " Esok lumban jom(mandi palong)"

Dan kitorang akan buat sama-sama perkara-perkara ni. Dan semestinya, mak abah pun akan join untuk beberapa aktiviti macam bakar ikan, mandi palong(abah je), petik sawit(depends). Sikit je lah sebenarnya yang mak abah ikut sekali. Haha. 

Oleh sebab itu lah aku suka bila balik rumah. Segala keserabutan seolah hilang, yang ada hanya kebahagiaan. Ecewahhh. Kadang tu sakit hati sikit-sikit ada la jugak. Adik-beradik kan. Haha



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)