Wave Alpha: Moga Bahagia
Telefon berbunyi tanda mesej masuk di Whatsapp. Aku buka group Whatsapp keluarga. Emak hantar gambar motor baharu. Barangkali nak tunjuk dekat aku, nak tengok respon gembira aku. Mungkin. Emak ada juga cakap beberapa hari yang lepas tentang perkara ini. Jujrunya, aku sendiri tak tahu nak kena bahagia atau tak atas perkara ini. Berbelah bahagi perasaannya tu. Motor baharu itu memang dicadangkan untuk aku. Emak sendiri yang cakap itu rezeki aku. Tapi, aku dihimpit perasaan bersalah untuk tempoh waktu akan datang. Belajar di universiti swasta, tinggal di rumah sewa, bawa motor sendiri, duit perbelanjaan lagi, semua itu 100% guna duit mak abah. Lagi ditambah bebanan hutang baru yang perlu dibayar setiap bulan. Aku dihimpit perasaan bersalah. Dan kerana perasaan yang macam ni lah, aku selalu minta duit belanja sikit. Kalau boleh tak nak susahkan mak abah. Mak abah tak kaya pun. Aku tahu penat cari duit. Dan sekarang,...