Wave Alpha: Moga Bahagia
Telefon berbunyi tanda mesej masuk di Whatsapp.
Aku buka group Whatsapp keluarga.
Emak hantar gambar motor baharu.
Barangkali nak tunjuk dekat aku, nak tengok respon gembira aku. Mungkin.
Emak ada juga cakap beberapa hari yang lepas tentang perkara ini.
Jujrunya, aku sendiri tak tahu nak kena bahagia atau tak atas perkara ini.
Berbelah bahagi perasaannya tu.
Motor baharu itu memang dicadangkan untuk aku. Emak sendiri yang cakap itu rezeki aku.
Tapi, aku dihimpit perasaan bersalah untuk tempoh waktu akan datang.
Belajar di universiti swasta, tinggal di rumah sewa, bawa motor sendiri, duit perbelanjaan lagi, semua itu 100% guna duit mak abah.
Lagi ditambah bebanan hutang baru yang perlu dibayar setiap bulan.
Aku dihimpit perasaan bersalah.
Dan kerana perasaan yang macam ni lah, aku selalu minta duit belanja sikit. Kalau boleh tak nak susahkan mak abah. Mak abah tak kaya pun. Aku tahu penat cari duit.
Dan sekarang, motor tu dah ada dah pun dekat rumah, bayar deposit guna duit caruman takaful aku. Tak, duit tu memang bukan duit aku pun. Tu duit hasil pelan takaful keluarga yang dipotong daripada gaji abah waktu abah kerja bomba dulu. Duit tu atas nama aku yang mana bila aku cecah 18 tahun, aku layak untuk ambil duit tu. Abang kakak aku dulu, duit tu semua diorang ambil, sebab dapat by tahun, yang aku punya, aku minta langsam untuk 5 tahun tu. Dan sebab aku minta langsam, duit tu masuk ke akaun abah. Aku tak tahu pun duit tu dah masuk, tahu-tahu mak cakap bayar deposit motor guna duit tu. Huhu.
Sebab bukan duit aku, so ku okay je lah.
Yang motor ni, mungkin lebih baik lah kot untuk yang ada kat rumah.
Biar dulu dekat rumah, motor baharu tak boleh bawa balik Shah Alam, haha, nanti kena curi tayar. Lol.
Tu je kot nak tulis. Apapun, aku bersyukur ja. Motor tu akan diberi dekat aku jugak bila tiba masanya.
Ulasan
Catat Ulasan