Rewriting (Yoon)
Sabah adalah negeri yang nak sangat aku pegi, tetapi masih tak dapat pergi kerana tiada urusan penting. Bila terbaca cerita mengenai Sabah, air mata semacam nak mengalir keluar dari kelopak mata. Hasrat yang masih tak kesampaian untuk ke sana membuatkan perasaan itu sangat teremosi.
Sebelum ini perasaannya itu biasa sahaja untuk ke sana. tetapi setelah mom yoon muncul kembali di wechat menggunakan akaun yoon dan menyatakan penghijrahannya , perasaan itu membuak-buak untuk bertemu dengan mom yoon di Labuan.
Aku petik sedikit kata-kata mom Yoon:
"Setelah lebih setahun, mom kuatkan hati untuk melihat kembali cerita suka duka antara anak mommy dan mereka yang membuat mommy terus istiqamah seperti mana yang yoon inginkan. Mommy selalu tertanya ' anak mom ni nampak tak mom yang sekarang? Tapi mommy bangga, gembira sangat, sebab Allah pinjamkan yoon walaupon untuk sekejap. Ustazah selalu pesan ' Allah ambil sebab Allah sayang, Allah sayang kamu sayang ;)' "
Allahu, sebak sangat bila baca ;'(
Aku nak sangat jumpa insan yang sangat disayangi oleh Yoon itu. Perancangan lama untuk jumpa yoon suatu ketika dahulu gagal dan tidak akan ada lagi perancangan seterusnya untuk jumpa yoon. Oleh itu, dapat menjumpai mom yoon di Labuan itu cukup memadai dan mungkin boleh untuk meneruskan perjalanan ke Sipitang untuk menziarahi kubur yoon.
" Yoon, mom yoon dah berubah. yoon mesti bangga. Bahagia lah yoon di sana. "
Aku menaip sambil mengalirkan air mata. Tak, aku bukan ciwek. Aku sebak bila teringat segala cerita dan kenangan kami. Kenangan yang sangat bermakna. Hanya aku yang rasa. Dan juga kawan-kawan aku yang turut mencipta kenangan.
Apa yang aku nak buat kat Sabah?
Aku nak terus pergi rumah Yoon. Sampai sekarang aku masih simpan alamat rumah yoon. Nak jumpa mom yoon. Nak peluk kuat-kuat. Aku tak pernah jumpa, tapi aku merindui. Aku sendiri tak tahu kenapa perasaan itu hadir. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Dulu yoon nak sangat mom yoon berubah, tapi perubahannya di saat yoon tiada disisinya. Mungkin dia lebih merasai kesedihannya yoon. Akak just boleh doakan mom yoon kuat sepanjang masa. Kuat di saat anak-anaknya tiada di sisinya. Yang seorang di Paris dan seorang lagi di Singapore. Hanya dia keseorangan di Labuan. Terasa nak request something la yoon. Akak nak jadi anak angkat mom yoon yang kedua selepas Denden. Boleh?? Walaupon akak tak la secomel Denden, tapi boleh la. huhuhu. Guarau dalam penulisan ni untuk gembirakan hati je sebenarnya. Ia masih tak dapat mengeringkan air mata yang jatuh.
"yoon, mom yoon nampak kuat , tapi sebenarnya dia lemah. akak dapat rasa bile mana yoon tak bangun-bangun selama seminggu lepas operation. Sempat jugakla chat dengan mom yoon time tu."
Aku rasa nak bercakap-cakap dengan yoon.
" yoon, dulu yoon pernah offer tiket flight untuk ke Sabah, tapi time tu akak form 4. Sekarang akak dah besar. Mom yoon tanak offer lagi ke??.huhu."
Mungkin aku rindu untuk berbalas chat dengan dia. Dah la azimah. Move on.
Lepas pegi Labuan, nak pegi Sipitang. Nak ziarah kubur Yoon and nak lawat kampung yoon yang dia kate dia tak suka sebab banyak nyamuk tu. Payah la anak manja ni. Aku chill je kat rumah ni banyak nyamuk. Lepastu nak pegi Labuan balik. Tido rumah yoon. And nak try drive kete Lamboghini yoon tu..errrr.
hmmm.. yang penting nak sangat pegi Sabah. Nak sangat sangat sangat. Moga Allah izinkan.
Ni tulisan waktu 22/3/ 2017. Waktu 1 Jan haritu tak dapat nak tulis tentang Yoon. Walaupun berulang, tapi aku suka je tulis pasal Yoon ni. Hehe. Setiap kali tiba 1 Jan, mesti aku buat perkiraan dan berapa tahun Yoon tinggalkan kitorang. Huhu. Setiap hari mengharapkan bahawa jasad itu terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan kehidupan, tapi Allah merancang untuk mengambilnya pada 1 Jan. Hari Jumaat waktu itu. Dikhabarkan dengan satu berita kematian seorang sahabat alam maya. Selalunya bila dapat berita kematian, mesti nak terus pergi ziarah, tapi untuk yang ini, kitorang tak dapat nak pergi. Jauh. Hanya doa yang dapat dikirimkan. Masih sampai sekarang, ada doa untuknya meski tak pernah berjumpa. Yoon, semoga baik-baik ja dekat sana. 3 tahun dah Yoon, Yoon tinggalkan mom Yoon, apa entah khabar dia. Nak jumpa, tapi lost contact dah. Huhu. Doakan satu hari nanti dapat jumpa jugak.
Ulasan
Catat Ulasan