Kursus Kepemimpinan Pelajar Islam 2019
Hai Assalamualaikum!
Jadinya, untuk tulisan kali ini istimewa khusus untuk KKPI 19.
Long short story, saya menerima jawatan Timbalan Pengarah KKPI19 ni atas beberapa sebab dan juga kerelaan. Saya masih merasakan ketidaklayakan saya memegang jawatan sebegini untuk program besar PEPIAS. Ya, saya sendiri tak tahu bila rasa layak itu akan hadir.
Lebih kurang 2 bulan persediaan untuk melaksanakan program ini. Program kepemimpinan yang disediakan khas untuk pelajar Tingkatan 4 dengan kerjasama JAIS ini adalah inisiatif kami dalam mendidik generasi pimpinan akan datang. Mereka adalah pemimpin diri mereka dan juga di sekolah. Pendedahan tentang menjadi pemimpin yang mempunyai jiwa untuk menyumbang kepada masyarakat sekitar diberikan kepada mereka. Oleh kerana itu, tema yang digunakan untuk program kali ini ialah "Pemimpin Khadimul Ummah yang Mendahului Zaman"
Saya bersama team saya memberikan sepenuh usaha agar program ini berjalan lancar dan pengisiannya sampai kepada semua peserta. Itu antara usaha kami juga sebagai anak muda yang ingin melihat generasi akan datang jauh lebih baik dalam hal-hal kepimpinan.
Dikesempatan ini, saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penggerak KKPI19 di atas keringat dan bantuan yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa kalian.
Juga buat team Mainboard, Zikrun, Yasmin, dan Amira, I know that we still in learning process, mungkin masih banyak kekurangan dalam menguruskan program ini, tapi apapun, I'm sure that we have done our best.
Buat Abg Zakir selaku Penasihat, terima kasih sebab banyak bantu dan beri tunjuk ajar. Terima kasih juga atas segala teguran.
Akhir kalam, segala peluang yang kita peroleh ini rahmat daripada Allah untuk kita terus belajar sesuatu. Alhamdulillah. Semoga kita sentiasa mencintai dan dicintai kerana cinta kepada Allah.

Main Board KKPI19
Penggerak dan peserta KKPI19

insyallah pengalaman akan mendewasakan manusia..Tahniah telah buat yg terbaik !
BalasPadamyupp, terima kasih! Btw, anda siapa ya?
Padam