Hati


Tak ramai yang membaca di sini. Even entri sebelum ni pun masih 0 view. Haha.

.................

Aku sedar yang aku semakin membesar, semakin matang, semakin dekat dengan perkara-perkara yang orang dewasa rasai dan lalui, bahkan sekarang ni pun, aku telah melalui beberapa perkara.

Nak cakap yang, semakin kita membesar ni, semakin sensitif hati-hati ini ya. Mungkin kerana tugasan yang pelbagai, peranan yang entah berapa banyak, sehingga membuatkan kita mudah sangat merasa sensitif terhadap suatu perkara. Emosi yang kadang-kala tidak stabil. Cuma hanya mahu menangis, marah, merasa kesepian dan sebagainya.

Hati, moga kau kuat sahajalah. Allah ada ja selalu.

Dan apabila masing-masing sedang di dalam fasa dewasa yang juga banyak sensitifnya, maka kata-katalah yang memainkan peranan besar dalam setiap tindak-tanduknya. Jika tersalah bicara, maka tergurislah si hati yang rapuh itu, jika manis bicaranya, maka gembiralah seluruh hati itu.

Aku nak taip semula ayat yang terlintas difikiran aku ketika KKP19. Ayat ini terlintas kerana ada satu peristiwa itu yang aku tak akan sesekali lupakan di mana aku ditegur atas kesalahan aku sendiri yang mungkin agak melulu dalam membuat kesimpulan dan teguran.

Ayat yang terlintas itu berbunyi begini " Hati manusia cuma ada satu. Hati itulah yang merasai segalanya. You can be professional. Tapi hati itulah tadi yang merasai kesakitan atau kesedihan. Professional itu pada tindakan, akhirnya, hati jualah yang tetap merasai segala perasaan. Dan ianya tak mungkin boleh dipisah-pisahkan mengikut keadaan ataupun tugasan."

Ayat itu terlintas bukan kerana aku terasa sangat atau sedih. Tidak. Tetapi aku membayangkan jika orang lain di tempat aku. Mungkin dia akan merasa begitu, atau mungkin tidak.

Jadinya, tetaplah menjaga kata-kata agar hati-hati yang tersakiti itu masih boleh dirawati menjadi hati-hati yang gembira.

We are all Muslims!

                                                           

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)