Semakin Mengerti

Assalamualaikum warahmatullah. Selamat tengah hari!

Saya sedang menaip menggunakan laptop sendiri. Alhamdulillah.

Sudah sebulan lebih saya menjadi warga PULPA, bergaul dengan orang-orang yang rutin harian mereka hampir sama dengan saya, fikirannya tentang program atau gerak kerja PEPIAS. Berkongsi cerita, perasaan, pengetahuan, pengalaman, latar belakang, amarah, fikiran dan sebagainya. Yang paling penting, berkongsi kasih sayang, ehee.

Hari ni hanya 3 orang yang tinggal di sini, yang lainnya pergi menjadi sukarelawan membersihkan masjid yang terjejas dek banjir 2 hari lepas di Sungai Serai. Saya tak pergi sebab nak siapkan tugasan lain dan semalam dah pergi membersihkan kawasan SRA Dusun Tua, jadi hari ni tukar orang pula. 

Ouh ya, sepanjang menetap di PULPA ni, banyak perkara yang saya belajar dan faham, terutama sekali berkaitan kedudukan dan peranan saya sebagai PSUA. Untuk segala rasa yang entah apa-apa tu selama saya memegang jawatan ni, akhirnya  terluah juga lah kepada SUA. Berat betul untuk diluahkan sebab saya rasa ianya mengganggu saya, tapi semacam perkara kecil betul untuk diluahkan kepada SUA sebab beliau banyak lagi perkara besar untuk difikirkan, saya tahu. Tetapi apabila disimpan, saya mudah terasa penat. Ya, sangat mudah. Mudah juga termengalirkan air mata. Kenapa entah sensitif betul hati ni.

Walaupun respon beliau sejurus luahan itu diluahkan agak menjengkelkan, namun pesan-pesan dan cadangan selepas daripada itu membantu saya untuk lebih kehadapan. Walaupun beza umur kami hanya setahun, tetapi pengalaman dan fikiran kami seolah beza 5 tahun ya. Haha. Bayangkanlah, rabun sejak darjah 2 disebabkan banyak membaca surat khabar. Saya darjah dua sangatlah seronok meneroka sebanyak-banyaknya permainan fizikal bersama kawan-kawan dan adik-beradik. Kalau rajin membaca pun, kalau tak silap rajin baca sura-surah pendek dan sifir, itu pun disebabkan keperluan waktu itu sebagai wakil sekolah dalam acara Hafazan dan sifir tu memang wajib dalam kamus hidup emak. Waktu lain-lain saya hanya bermain dan melepak. LOL sangat.

Antara pesan beliau:

1)  Kalau orang tak nak beli idea kita, kita yang kena initiate sendiri. 

2)  Kena bijak sikit memanfaatkan peluang dan networking.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

al-iman yazid wa yanqus

Kem Remaja HaKhaDa (Kg Permata)